• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pelanggan Samun, Tikam Pemandu e-Hailing Sudah Kena Tahan!

Pelanggan Samun, Tikam Pemandu e-Hailing Sudah Kena Tahan!

January 25, 2022 By Shawkath Leave a Comment

3.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SUSPEK lelaki yang dipercayai terlibat dalam satu kes samun dan melarikan kenderaan milik pemandu e-Hailing di tepi Jalan Sentul Pasar di Kuala Lumpur sudah ditahan polis.

Kereta Proton Saga yang dilarikan dalam kes semalam turut ditemui dengan nombor plat ditanggalkan dan dibuang.

BACA >>> Pemandu e-Hailing Ditikam Hingga Seluar Terlondeh, Disamun Pelanggan?

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai menyatakan suspek warga tempatan berumur 23 tahun itu ditahan kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

Kereta tersebut dirampas polis untuk siasatan. Turut diambil ialah beberapa barangan lain termasuk sebilah pisau yang dipercayai digunakan untuk mencederakan mangsa semasa kejadian, beg silang milik mangsa, kunci kereta, lesen memandu, passport serta kad perlantikan anggota rela milik mangsa dan beberapa keping kad bank.

“Kes telah disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara boleh sampai 20 tahun dan hendaklah juga dikenakan sebatan.”

Suspek tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan jenayah lampau. 

Apa Yang Berlaku

  • Polis menerima satu laporan kejadian samun itu kira-kira jam 2.08 petang semalam (24 Januari 2022).
  • Siasatan polis mendapati mangsa berumur 47 tahun mengambil suspek di Putrajaya menggunakan aplikasi In Driver.
  • Setelah sampai ke destinasi di Sentul Pasar, mangsa memberitahu suspek jumlah tambang yang perlu dibayar.
  • Suspek minta akaun milik mangsa kerana mahu membuat pembayaran tambang secara atas talian.
  • Semasa mangsa sedang mencari nombor akaun miliknya, secara tiba-tiba suspek bertindak menikam mangsa menggunakan objek tajam di bahagian leher.

  • Suspek juga bertindak menarik mangsa keluar dari kereta dan melarikan kereta milik mangsa jenis Proton Saga warna kelabu, nombor pendaftaran BPV 5859.
  • Dalam kereta mangsa ada beberapa barangan peribadi. 
  • Mangsa dibantu orang awam dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dengan menaiki ambulans untuk rawatan.

BACA >>> MELAMPAU! Rider Warga Emas Kena Samun Ketika Pitam
BACA >>> Video Babi Tolak Baldi Halang Laluan Curi Perhatian
BACA >>> Kajian: 7 Sebab Kenapa Pasangan, Keluarga Kerap Bertengkar dalam Kereta
BACA >>> Kemenangan untuk Netizen! PLUS Akan Kembalikan Lorong SmartTAG

Related

3.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Beh Eng Lai, BPV 5859, Hospital Kuala Lumpur, In Driver, Pelanggan Larikan Proton Saga Ehailing, Samun Pemandu Ehailing, Seksyen 394 Kanun Keseksaan, Viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev