• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Firma China Saman Renault Sebab Isu Logo Mobilize

Firma China Saman Renault Sebab Isu Logo Mobilize

January 25, 2022 By Shawkath Leave a Comment

180
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

BIASANYA, kita sering terdengar syarikat Eropah saman pembuat kenderaan China kerana pelanggaran hak cipta membabitkan desain kereta. Lain pula cerita kali ini.

Firma teknologi Human Horizons di China dilaporkan sedang mengemuka saman ke atas Renault dan jenama di bawahnya, Mobilize kerana isu pelanggaran tanda dagang.

BACA >>> BMW Motorrad Mahu Siasat Sportbike Klon S1000RR dari China

Khabarnya, ada persamaan logo yang digunakan Mobilize dan logo HiPhi, sebuah syarikat bawah Human Horizon.

Human Horizons menjadi sebutan dalam industri automotif beberapa tahun lalu dengan pengenalan kereta elektrik penuh HiPhi X. Logo yang digunakan HiPhi membabitkan garisan vertikal dengan dua garisan lekuk dikelilingnya.

HiPhi

Selepas beberapa bulan debut HiPhi X kepada orang ramai, Renault pula memperkenalkan model prototaip Mobilize EZ-1. Kedua-dua kereta mempunyai desain berbeza tetapi logo Mobilize terdiri daripada satu garisan vertikal dengan dua garisan keluk pada bahagian sisi.

Apa yang berbeza ialah logo Mobilize dicondongkan 45º dan garisan keluk adalah lebih besar berbanding HiPhi.

BACA >>> Renault Guna Teknologi Geely Hasilkan Kenderaan di Korea Selatan

Mobilize EZ-1

Portal Auto Motor und Sport melaporkan Human Horizons beranggapan ada persamaan antara kedua-dua logo dan boleh memberi kesan terhadap rancangan meluaskan produknya di Eropah.

Syarikat itu memohon injuksi di mahkaman Jerman pada Oktober 2021 dan meminta Renault untuk henti menggunakan logo Mobilize. Laporan juga menyatakan ada kes mahkamah akan berlangsung membabitkan kedua syarikat tersebut.

Human Horizons mendaftar logo HiPhi di beberapa pasaran di serata dunia pada Ogos 2018 dan Renault pula paten logo Mobilize pada Januari 2021.

Model EV HiPhi X ditawarkan di China dengan dua pilihan konfigurasi tempat duduk, empat dan enam kerusi. Model itu semakin popular dan mencatat jualan 3,742 unit di seluruh negara sepanjang enam bulan terakhir 2021.

HiPhi and its parent Human Horizons have applied for an injunction against Renault and its mobility brand Mobilize Beyond in a German court. HiPhi says the logo used by Mobilize Beyond on concepts and the Mobilize Limo sedan infringes the trademark of its logo registered in 2018 pic.twitter.com/p6HVz0yERK

— Greg Kable (@GregKable) January 20, 2022

BACA >>> Baru Beberapa Jam ke MotoGP, Produk Hafizh dan Yamaha Tech 3 Dicetak Rompak?
BACA >>> Kod QR Cegah Jualan Helmet Tiruan, Denda Hingga RM842, Batal Lesen
BACA >>> Klon Ducati Monster, Dayun STS 400C (2022) di Pasaran China, Harga RM17k Sahaja!

SUMBER: CarScoops

Related

180
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: HiPhi X, Human Horizons, Isu Tanda Dagang Logo, Mobilize EZ-1, Renault, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev