• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pemandu e-Hailing Ditikam Hingga Seluar Terlondeh, Disamun Pelanggan?

Pemandu e-Hailing Ditikam Hingga Seluar Terlondeh, Disamun Pelanggan?

January 25, 2022 By Farah Leave a Comment

6.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


RAKAMAN video seorang lelaki dalam keadaan berlumuran darah dan seluar terlondeh bergaduh dengan lelaki lain di tengah jalan raya dekat Pasar Sentul tular di media sosial.

Lebih menyedihkan, tiada sesiapa cuba membantu meleraikan pergaduhan itu kerana takut diapa-apakan memandangkan suspek mungkin bersenjata berdasarkan kesan darah pada mangsa.

Kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 1 petang, semalam.

Berdasarkan audio rakaman, mangsa yang berlumuran darah dipercayai pemandu e-hailing yang memandu kereta jenis Proton Saga manakala lelaki berbaju hitam di dalam video itu adalah pelanggannya.

Beberapa pengguna jalan raya menekan hon untuk cuba menghentikan pergaduhan itu dan mangsa menjerit meminta orang awam untuk menghubungi pihak polis.


Dalam satu lagi video berkaitan, klip menunjukkan Proton Saga dipercayai milik mangsa dibawa lari manakala mangsa terbaring di atas jalan raya.

Sementara itu, Pandulaju dimaklumkan oleh adik mangsa, Kumaravel bahawa abangnya sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur dan akan menjalani pembedahan hari ini.

"Abang saya kena dua kali tikaman dengan pisau di bahu berdekatan leher. Doktor maklumkan lagi sikit urat boleh putus.

"Saya sangat marah, kami bukan orang senang. Dia kerja pemandu sahaja dan anak-anak pun masih kecil. Telefon bimbit, wallet, kereta dan lain-lain semua dia samun," katanya yang memaklumkan telah membuat laporan polis.

Difahamkan, mangsa mendapat pelanggan tersebut menerusi satu aplikasi yang meminta menghantar dari Putrajaya ke Sentul.

Bagamanapun ketika tiba di lokasi, mangsa memaklumkan tiada wang dan ingin membuat bayaran online sebelum tiba-tiba mengeluarkan pisau mencederakan mangsa.

Sesiapa yang ada melihat kereta Proton Saga BPV 5859, diminta melaporkan kepada balai polis berdekatan.

BACA>>> Penumpang Batuk Kena Halau Pemandu e-Hailing Selepas Tahu dari Wuhan
BACA>>> Rider GrabFood Hati Hitam 'Rembat' Barang dari Beg Rider J&T
BACA >>> MELAMPAU! Rider Warga Emas Kena Samun Ketika Pitam
BACA >>> Tip Melawan Penjenayah Jalanan, Sila Genggam Kunci Kereta Anda Sekarang!

Related

6.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: pemandu E-Hailing, pemandu kena samun, Proton Saga, Saga, Viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev