• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Renault Guna Teknologi Geely Hasilkan Kenderaan di Korea Selatan

Renault Guna Teknologi Geely Hasilkan Kenderaan di Korea Selatan

January 24, 2022 By Shawkath Leave a Comment

410
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


GEELY nampaknya giat melebarkan kerjasama dengan sebanyak mungkin pengeluar dalam industri. Setakat ini, pengeluar dari China itu sudah menjalinkan kolaborasi dengan jenama terkenal seperti Volvo, Mercedes-Benz, Lotus dan Proton.

Terbaharu, Geely menjalin kerjasama dengan Renault Group untuk memberi akses teknologi kepada pengeluar automotif dari Perancis itu.

BACA >>> Bukan Lagi Hot-Hatch, Renault Megane Akan Jadi SUV Elektrik, Sekali Cas 450km

Guna Platform CMA 


Baru-baru ini, Zhejiang Geely Holding Group (ZGH) dan Renault Group menandatangani kerjasama dua pihak bagi menghasilkan kenderaan baharu untuk pasaran Korea Selatan.

Kerjasama itu sebenarnya memerlukan Geely memberikan lesen kepada Renault mengenai penggunaan arkitektur trenkuasa dan teknologi Geely untuk Renault-Samsung Motors (RSM). Sebagai makluman, di Korea Selatan, Renault sedang bekerjasama dengan Samsung untuk menghasilkan kenderaan.

Renault mengakui langkah itu adalah sebahagian strategi 'Renaulution' yang menumpukan kepada usaha mengukuhkan jenama RSM. Salah satu strategi itu adalah menghasilkan model baharu, tetapi sehingga kini, tiada siapa tahu apakah produk dimaksudkan itu.

Bagaimanapun, Renault mendakwa produk baharu dengan kerjasama Geely itu akan dibina mengikut keperluan dan kehendak pelanggan Korea Selatan yang dijangka bermula pada 2024.

geely-xingyue-l
volvo-xc40

Berdasarkan lesen diberikan kepada RSM, produk Renault akan dibina menggunakan platform Arkitektur Modular Kompak (CMA).

Sebenarnya, platform CMA itu dibangunkan Geely bersama Volvo yang digunakan barisan produk daripada dua jenama tersebut seperti Volvo XC40, Volvo C40, Polestar 2, Geely Xingyue L, dan Lynk & Co 01. Adakah Renault mahu menghasilkan model berasaskan platform berkenaan?

Tiada jawapan diberi, tetapi RSM dijangka bakal membina model kenderaan utiliti sukan (SUV).

Peluang Renault Kembali Ke China

Renault-Samsung-Motor
Renault-Samsung-QM6

 

Seperti anda tahu, Renault secara rasmi meninggalkan industri kenderaanpenumpang di China pada akhir 2020.  Renault juga sudah mengakhiri kerjasama dengan pemain tempatan, Dongfeng Motor.

Mengikut laporan, kerjasama Renault-Geely akan menyaksikan produk dieksport dan dipasarkan di China menerusi syarikat kerjasama membabitkan dua pengeluar itu. Persoalan sekarang, apa cerita pula kerjasama Renault dan Nissan?

BACA >>> Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi Akan Guna Model Perniagaan Baharu
BACA >>> Kelajuan Maksimum Model Renault Akan Datang Dihadkan 180kmj Sahaja
BACA >>> Geely Boyue Baharu Akan Guna Platform CMA Volvo, Enjin 3-Silinder 1.5L

SUMBER: Autonetmagz

Related

410
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Arkitektur Modular Kompak (CMA), Dongfeng Motor, geely xingyue l, Lynk & Co 01, Nissan, Polestar 2, Renault Group, Renault-Geely, Renault-Samsung Motors (RSM), Renaulution, Samsung, Volvo C40, Volvo XC40, Zhejiang Geely Holding Group (ZGH)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
    Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
  • #MotoGP2025: Marquez Hampiri Gelaran Juara Dunia, Raih Juara GP San Marino
    #MotoGP2025: Marquez Hampiri Gelaran Juara Dunia, Raih Juara GP San Marino
  • JPJ Buka Bidaan Nombor Plat Istimewa Siri 'GM' Sempena Hari Malaysia!
    JPJ Buka Bidaan Nombor Plat Istimewa Siri 'GM' Sempena Hari Malaysia!

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev