APRILIA mengumumkan model RSV4 Factory dan Tuono V4 Factory edisi 2022 akan hadir dengan satu skim warna baharu, Ultra Black dengan aksen emas.
Skim warna istimewa itu sebenarnya mengimbau kembali seragam model RSV4 1000R Factory edisi 2006. Setakat ini, belum ada harga rasmi diumumkan.
Berikut ialah perinciannya:
RSV4 edisi 2022
- Badan diselubungi tona hitam berkilat tetapi rim, sistem suspensi dan kowl belakang menerima kemasan emas.
- Lencana Aprilia di atas lampu depan dan atas tangki minyak kini berwarna emas.
- Liveri itu dikatakan hasil inspirasi daripada model Aprilia RSV4 1000R Factory tahun 2006 (foto bawah).
- Aspek mekanikal kekal sama sedia ada dengan trenkuasa V4 1,099cc menawarkan kuasa 217hp pada 13,200rpm.
- Ciri lain ialah winglet bi-plane diintegrasi pada fairing sisi.
BACA >>> Superbike Terpantas Itali, Aprilia RSV4 1100 Factory Kini di Malaysia, Harga RM160k
Tuono V4 edisi 2022
- Menerima skim warna sama seperti RSV4 edisi 2022 tetapi warna rim dikekalkan hitam.
- Sistem suspensi, kowl belakang dan lencana berwarna emas merupakan tambahan sebagai warna kontra.
- Enjin Tuono V4 Ultra Dark masih 4-silinder V4 1,077cc, menawarkan kuasa 172hp @ 11,350rpm dan tork 122Nm pada 11,000rpm.
- Komponen lain kekal sama seperti versi standard Aprilia Tuono V4.
BACA >>> Aprilia Lancar Tuono V4, Tuono V4 Factory (2021), Kuasa 175hp
BACA >>> Lagi Pengeluar Motosikal China Bikin Sportbike 4-Silinder, Lancar Tahun Depan?
BACA >>> CFMoto Persiap Sportbike 250SR-R Baharu dengan Swingarm Sebelah, Winglet
BACA >>> #TahukahAnda: Berapa Banyak Negara Tidak Benarkan Motosikal Guna Lebuh Raya?
SUMBER: Motociclismo | AutoX
Leave a Reply