• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jualan 2021 Syarikat Induk KTM Pecah Rekod 11 Tahun Berturut-Turut

Jualan 2021 Syarikat Induk KTM Pecah Rekod 11 Tahun Berturut-Turut

January 24, 2022 By Wahid Leave a Comment

362
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PIERER Mobility Group AG selaku syarikat induk KTM, Husqvarna dan GasGas melaporkan jualan motosikal yang memecah rekod 2021, termasuk rekod untuk 11 tahun berturut-turut.

Syarikat itu menjual 332,881 unit motosikal seluruh dunia, meningkat 23 peratus berbanding 2020 (270,407 unit).

BACA >>> Husqvarna Vektorr - Skuter Elektrik Konsep yang Bakal Lancar Tahun Depan

Lebih kurang 120,000 unit motosikal dijual di Eropah, dengan beza 210,000 unit di pasaran lain. Pasaran lain meraih rekod tertinggi ialah Amerika Utara, India dan Australia. Pecahan lebih terperinci akan didedahkan dalam Laporan Tahunan 2021 nanti.

Jualan sepanjang 2020 sebenarnya menurun berbanding 280,099 unit motosikal pada 2019 disebabkan krisis pandemik Covid-19 yang melanda dunia ketika itu.

Selain motosikal, Pierer Mobility Group juga menumpukan kepada produk basikal kayuh kaki dan elektrik berjenama Husqvarna, R Raymon dan GasGas. Ketiga-tiga jenama itu juga merekodkan tambahan jualan mendadak 102,753 unit sepanjang 2021, berbanding 73,277 unit (2020), meningkat 40 peratus.

Daripada jumlah itu, 76,916 unit basikal elektrik dijual sepanjang 2021.

Nampaknya jenama KTM semakin kuat dengan menjadi jenama Eropah yang lebih besar daripada BMW Motorrad. Ini selaras usaha kuat dijalankan pengedar jenama itu di negara masing-masing, seperti Eurotech Wheel Distribution Sdn Bhd (EWD) sebagai pengedar produk KTM, Husqvarna dan GasGas di Malaysia.

EWD juga ialah pengedar sah produk Zontes tempatan, dan kini sedang merancang banyak program baharu buat pemilik KTM, termasuk Zontes, tahun ini.

BACA >>> KTM Malaysia Adventure Day: Cabaran Layan Off-Road yang Menyeronokkan!
BACA >>> #Spyshot: KTM RC 990 Serba Baharu Jadikan Panigale V2 Sebagai Penanda Aras?

Related

362
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Eurotech Wheel Distribution Sdn Bhd, Jualan 2021 Pierer Mobility Group AG, KTM, Pierer Mobility Group AG

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?
    #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev