LEMBAGA Lebuhraya Malaysia (LLM) menyatakan bersedia bertemu PLUS Malaysia dan Touch ‘n Go (TnG) untuk berbincang mengenai pengurangan harga pelekat tag teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).
Portal FMT melaporkan sumber mereka mendedahkan Kerajaan sedang berusaha untuk meredakan kemarahan orang ramai.
BACA >>> Plaza Tol Sesak Teruk Gara-Gara RFID, Netizen Lepas Geram di Media Sosial
BACA >>> Tak Rela Dikecam, PLUS Malaysia Tutup Semua Komen Facebook Pasal RFID!
Laporan sama menyatakan pelekat yang dijual pada harga RM35 sekeping itu tidak boleh dipasangkan dalam kereta. Menurut sumber FMT;
Ia dilekatkan pada bahagian luar cermin atau lampu depan. Masalahnya, ia cepat lusuh. Ia boleh rosak selepas kereta dicuci beberapa kali.”
Sumber sama mengakui perkara itu mencetuskan rungutan pengguna lebuh raya mengenai usaha PLUS dan TnG mengajak orang ramai menggunakan sistem pembayaran tol secara RFID.
Idea untuk beralih kepada RFID daripada Touch ‘n Go dan SmartTAG bagus, tetapi semuanya mestilah berjalan lancar. Kerajaan sudah memberitahu PLUS dan Touch ‘n Go supaya memastikan semua berjalan secara teratur.”
Semalam, mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membangkitkan isu mengenai harga jualan RM35 walaupun kos pelekat menurutnya cuma di bawah RM1.
Malah, Najib dalam perkongsian kedua di Facebook menyatakan jika tidak dapat memberikan pelekat RFID percuma, harga patut dikurangkan kepada RM5.
BACAA >>> Najib: Kos Pelekat RFID Murah Saja, Kenapa Jual RM35?
BACA >>> NGO: PLUS, TnG Tidak Cukup Perjelas Manfaat RFID
BACA >>> Menteri Gesa PLUS, TnG Selesaikan Isu RFID!
BACA >>> PLUS Hargai Respons Pengguna, Sedang Usaha Pertingkat Kelancaran RFID
BACA >>> SmartTAG Lagi Laju daripada RFID!
SUMBER: FMT
alolo says
cuba reka pelekat yang dipasang dalam kereta, bukan luar kereta, lebih selamat. jangan bagi alasan sensor tak boleh baca. ini hanya libatkan teknologi dan apa-apa yang melibatkan teknologi boleh diperbaiki. pasal apa bangang sangat.
Khairun Nasri says
Jgn sembang ttg pengurangan je.. Bkn semua pengguna nk guna Rfig ni. Smart tag selama ni OK je. TnG pun ok cuma lrg top up yg buat deme slow. Tutup je terus top up lane tu. Nak laju2 nt lg byk yg eksiden.
Abdrahman says
Pakai card tngo pun rosak lepas 6 tahun pakai, sangkut kat toll PD, tukar pakai IC sampai alor star, beli baru kadai watson RM20. Call plus tak respon utk refund.
hamba Allah says
not semua poyo nak menyusahkan rakyat....
Solomon says
Anear pun tak pndei bagi dngan mcm ni.