• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Yamaha Bekal Motor Elektrik untuk Jentera Lumba Subaru, Mahu Cipta Rekod Nürburgring!

Yamaha Bekal Motor Elektrik untuk Jentera Lumba Subaru, Mahu Cipta Rekod Nürburgring!

February 6, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

285
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHA bukan setakat mengeluarkan motosikal semata-mata, tetapi banyak bekerjasama dengan Toyota dan Lexus dalam aspek mekanikal selain membekalkan komponen pengendalian.

Terbaharu, Yamaha mengumumkan membekalkan unit motor elektrik kepada Subaru Tecnica International (STI) untuk kegunaan jentera lumba elektrik STI E-RA.

BACA >>> Subaru Perkenal Tiga Model STI dengan Komponen 'Cherry Red'

yamaha-motor-logo
subaru-sti-logo

STI E-RA dibangunkan STI untuk mendapatkan pengalaman dan latihan dalam teknologi baharu sukan permotoran. Motor elektrik itu dibangunkan untuk menjadi enjin elektrik berkarakter yang dibuat menggunakan teknologi dan kepakaran kejuruteraan Yamaha sepanjang membangunkan enjin.

Dengan teknologi pembuatan dan kepakaran dimiliki itu juga membolehkan Yamaha menghasilkan unit berkuasa tinggi dalam saiz kompak.

STI E-RA membawa maksud Electric-Record-Attempt, dinamakan sempena DNA STI yang mencabar rekod (challenging records).

Berikut ringkasan mengenai STI E-RA:

  • Sasaran pertama adalah mencipta rekod pusingan 400 saat (6 minit 40 saat) di litar Nürburgring bermula 2023. Sesi time attack akan dibuat selepas menjalani pelbagai ujian di litar Jepun pada 2022.
  • Menggunakan teknologi pemvektoran tork (torque vectoring) 4-motor 4-wheel bagi mengawal output tinggi 800kW (1086hp). Subaru mempunyai kepakaran dalam teknologi kawalan semua roda (AWD).

  • Yamaha membangunkan dan membekalkan motor jenis tork tinggi dan rev tinggi (high-torque high-revolution) dengan inverter dan gear disepadukan. Motor dijana bateri litium-ion dengan kapasiti simpanan 60kWh.
  • Sistem pemvektoran tork berfungsi menyamakan keseimbangan baki had cengkaman setiap roda dengan sistem kawalan yang difokuskan kepada pemandu dengan kecenderungan utama pada keseronokan pemanduan.
  • Tetapan itu meningkatkan cengkaman pada tahap maksimum dan menstabilkan kedudukan kereta.
  • Bagi memperoleh kesan maksimum, cara terbaik adalah menggunakan tork pacuan secara berasingan (bebas) pada keempat-empat roda ketika beban atau daya beralih.

  • Jadi, sistem akan mengira isyarat daripada sensor mengikut situasi seperti halaju roda, halaju kenderaan, sudut stereng, daya-G, kadar belokan (yaw), beban roda dan menentukan pacuan atau pembrekan tork setiap roda bagi mendapatkan faktor kestabilan yang disasarkan sebelum memberikan arahan kepada inverter.
  • Lokasi struktur motor dipasang secara terus kepada empat roda membolehkan kereta mempunyai respon tinggi dan kawalan terus belokan kereta.

STI akan menggunakan input dari projek ini sebagai inisiatif kepada 'komuniti elektrifikasi' masa depan. Buat masa sekarang, Subaru sudah pun mempunyai model tanpa enjin boxer iaitu crossover elektrik Solterra yang dibangunkan bersama Toyota, dikenali sebagai bZ4X.

BACA >>> bZ4X Concept - Bakal Jadi Siri EV Baharu Toyota Masa Depan
BACA >>> Subaru STI S209 - Model Siri Legenda, Eksklusif untuk Pasaran Amerika
BACA >>> Subaru WRX STI EJ20 Final Edition - Edisi Terhad Sempena Sayonara untuk Enjin Ikonik

Related

285
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, STI, STI-E-RA, Subaru Tecnica International (STI), Yamaha

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev