• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Ford Mustang Paling Mahal Pernah Dilelong, Shelby GT350R (1965) Dijual RM17j!

Ford Mustang Paling Mahal Pernah Dilelong, Shelby GT350R (1965) Dijual RM17j!

January 18, 2022 By Shawkath Leave a Comment

139
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEUNIT Ford Mustang Shelby GT350R (1965) berjaya dijual pada harga AS$4.07 juta (RM17.02 juta) dalam acara lelongan Mecum Auctions Kissimmee di Florida, Amerika Syarikat (AS).

Harga lelongan itu juga adalah paling tinggi untuk sebuah Mustang, iaitu AS$220,000 (RM920,370) lebih tinggi berbanding model sama yang dilelong pada 2020.

BACA >>> Untunglah 'Sweet 18' Dapat Hadiah Hari Jadi Ford Mustang

Kereta lelongan itu memiliki nombor siri 5R002 dan menjadi prototaip untuk model competition GT350R. Khabarnya, hanya 34 unit model Competition dibina selepas itu.

Mustang Shelby GT350R diuji pelumba Ken Miles yang berlumba dengan pemandu lain seperti Bob Bondurant, Peter Brock, Jerry Titus dan Chuck Cantwell.

GT350R menggunakan trenkuasa Mustang V8 289 inci padu (4.7L) versi modifikasi yang menawarkan kuasa lebih 250hp dan dilengkapi tangki minyak lumba dengan kapasiti 128 liter, sistem suspensi dan tren pacu dinaik taraf.

Kereta itu juga pernah memenangi 10 perlumbaan SCCA Production- Kelas B sebelum dijual kepada seorang jurutera Ford pada harga AS$4,000 (RM16,770) pada 1966. Jurutera itu kemudian membuat eksperimen dengan enjin V8 Ford GT40 (termasuk dalam jualan).

BACA >>> Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah

SUMBER: FoxNews

Related

139
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Bob Bondurant, Chuck Cantwell, Ford Mustang Shelby GT350R, Jerry Titus, Ken Miles, Mecum Auctions Kissimmee, Mustang 5R002, Mustang GT350R, Peter Brock, Roda4, SCCA Production- Kelas B

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my