SEORANG penunggang motosikal dikenakan tiga saman kerana tidak memakai helmet, tiada lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh. Penunggang berusia 21 tahun itu ditahan dalam Operasi Utama P Hailing di KM14 Jalan Selayang-Kuala Lumpur, semalam.
Lelaki itu mendakwa baru saja mendapat rawatan kerana patah tangan kiri dan ditahan ketika dalam perjalanan pulang dari Hospital Selayang ke rumahnya di Batu 5, Jalan Ipoh. Katanya, dia tidak memakai helmet kerana dicuri, manakala motosikal ditunggang itu pula dipinjamkan abangnya untuk mendapatkan rawatan susulan hospital.
Namun, polis kekal mengeluarkan notis saman kepadanya.
Operasi polis di dua lokasi, KM14 Jalan Selayang-Kuala Lumpur dan Bypass Jalan Selayang-Kepong dibuat susulan banyak aduan dan rungutan pengguna jalan raya mengenai sikap penunggang motosikal terutama penunggang e-hailing melanggar lampu isyarat di lokasi terbabit.
Polis mengatakan sudah mengadakan 1,669 operasi membabitkan motosikal sepanjang 2021 dengan mengeluarkan 840,733 saman atas pelbagai kesalahan.
Berikut maklumat dikongsikan polis mengenai kesalahan penunggang motosikal sepanjang 2021:
- 28,649 saman dikeluarkan membabitkan kesalahan langgar lampu isyarat, kebanyakannya penunggang e-hailing.
- Penunggang motosikal menyumbang 67 peratus daripada kemalangan jalan raya seluruh negara, melibatkan 3,118 kematian.
BACA >>> #Videotomotif: Kucing Pun Reti Pakai Topi Keledar Naik Motosikal
BACA >>> 40 Peratus daripada 600,000 OKU Jadi Cacat Akibat Kemalangan Jalan Raya Malaysia
BACA >>> Kod QR Cegah Jualan Helmet Tiruan, Denda Hingga RM842, Batal Lesen
SUMBER: HarianMetro
Leave a Reply