BERMODALKAN RM50 dan keikhlasan ingin membantu mangsa banjir tanpa mengharapkan balasan, siapa sangka dapat mengubah hidup 'Abang Viva' atau nama sebenarnya, Azwan Omar.
Tidak hanya sekadar meraih populariti, Azwan terus dilimpahi rezeki apabila mendapat pelbagai sumbangan, termasuk hadiah berupa motosikal kuasa besar Yamaha XJ6 Diversion dan terbaharu, trak pikap Mitsubishi Triton.
Detik Azwan mendapat Triton itu turut dirakamkan pengasas kecantikan, Sha Hassan yang dikongsikan dalam Instagram usahawan itu. Video itu nyata mengundang sebak rakyat Malaysia hingga ramai bergenang air mata.
View this post on Instagram
Melihat reaksi spontan ibu dan bapa Azwan yang menadahkan tangan tanda kesyukuran apabila melihat kenderaan tersebut, termasuk reaksi bapanya bergenang air mata ketika duduk dalam trak pikap itu nyata mengusik hati.
Lebih syahdu, Sha Hassan turut bercerita mengenai bapa Azwan yang meluahkan kehidupan susah mereka dan tidak pernah menyangka diberikan rezeki sebegitu.
"Dari awal sehingga pulang ayah berulang kali menangis. Yang paling Sha sedih bila ayah tengok kereta dan barang barang keperluan di belakang kereta, ayah nangis dan ucap 'Saya orang susah. tak pernah mimpi dan mintak nak dapat macam ni. Allah bagi anak pembawa rezeki 😭. Ayah tak mampu nak balas budi baik Sha'.
"Dengan saya sekali menangis kat situ. Saya jawab 'Tak perlu balas apa ayah, sha tak mintak apa-apa. Allah ada, biar Allah yang balas'," katanya.
Dalam ungkapan itu, pasti tersirat rasa syukur dan bangga seorang bapa terhadap anaknya.
Sebagai makluman, Azwan ada menjaga dua anak saudaranya sejak berusia setahun selepas pemergian kakak sulungnya. Moga keluarga ini terus dilindungi Allah dan dimurahkan rezeki kepada usahawan Sha.
Berdasarkan video ditunjukkan, trak pikap dihadiahkan itu ialah Triton 4x4 manual, berharga RM100,200.
BACA>>> 4x4 Apa Abang Viva Dapat? Mitsubishi Triton!
BACA>>> Lelaki Misteri Hadiahkan Abang Viva XJ6 Diversion!
View this post on Instagram
SUMBER: Instagram ShaHassan22
Leave a Reply