• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lamborghini Sekali Lagi Catat Jualan Tahunan Tertinggi, Urus Paling Laris!

Lamborghini Sekali Lagi Catat Jualan Tahunan Tertinggi, Urus Paling Laris!

January 19, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

163
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SETIAP awal tahun, pengeluar kenderaan biasanya akan mendedahkan  angka jualan tahun sebelumnya. Bagi pengeluar massa, angka jutaan unit adalah perkara biasa, tetapi bagaimanakah pula jenama prestasi?

Ini angka diumumkan pengeluar supercar dari Itali, Automobili Lamborghini yang mengakhiri 2021 dengan rekod baharu syarikat, iaitu 8,405 unit jualan.

BACA >>> Lamborghini Urus ST-X Concept - Super SUV yang Direka untuk Perlumbaan!

lamborghini-logo
lamborghini-urus-logo

Jumlah itu sebenarnya kecil jika dibandingkan dengan syarikat berstatus gergasi, tetapi sudah cukup tinggi dalam liga jenama prestasi. Jualan global itu menyaksikan peningkatan 13 peratus berbanding 2020.

Daripada jumlah jualan tahunan tersebut, SUV super Urus dapat dijual sebanyak 5,021 unit!

Ini bermakna keputusan Lamborghini mengeluarkan SUV memang tepat apabila banyak membantu meningkatkan jualan pengeluar itu sejak diperkenalkan beberapa tahun lalu.

BACA >>> #RetroAuto: Aventador - Model V12 yang Paling 'Kick' dalam Sejarah Lamborghini!

Model kedua terlaris ialah Huracán (2,586 unit), manakala Aventador (798 unit). Menariknya, tempahan kenderaan Lamborghini sudah hampir penuh mengikut jadual pengeluaran dirancang sepanjang 2022. Peminat pula bakal dihidangkan dengan empat buah tangan baharu Lamborghini sepanjang tahun ini.

Berikut pelancaran model baharu sepanjang 2021:

  • Huracán STO - Super Trofeo Omologata - model jalanan yang dihasilkan daripada jentera lumba Huracán Super Trofeo EVO dan GT3 EVO.
  • Aventador Ultimae - siri terakhir daripada Aventador.
  • Countach LPI 800-4 - model ikonik yang dijelmakan semula.
Pencapaian Jualan Sepanjang 2021:

  • Peningkatan jualan 14 peratus di Amerika, 14 peratus (Asia Pasifik) dan 12 peratus (EMEA - Eropah, Timur Tengah dan Afrika).
  • Pembahagian jualan di pasaran tersebut hampir seimbang, iaitu 35 peratus, 27 peratus dan 39 peratus.
  • Jualan terbesar datang dari Amerika Syarikat (2,472 unit) meningkat 11 peratus.
  • China di tempat kedua (935 unit), meningkat 55 peratus!.
  • Jerman di tempat ketiga dengan peningkatan 16 peratus kepada 706 unit, disusuli Britain (564 unit), meningkat 9 peratus.
  • Jualan di negara asal, Itali ialah 359 unit, juga meningkat 3 peratus.

Ke Era Hibrid dan Elektrifikasi

Selain model baharu, Lamborghini tahun lalu turut mengumumkan strategi elektrifikasi dan mampan, iaitu Direzione Cor Tauri. Lebih €1.5 bilion  (RM7.12 bilion) akan dibelanjakan sepanjang tempoh empat tahun dan Lamborghini bakal melancarkan model hibrid massa pertama menjelang 2023.

Pada 2024 nanti, semua model Lamborghini akan menggunakan teknologi elektrifikasi dengan sasaran mengurangkan emisi karbon dioksida (CO2) hingga 50 peratus bermula 2025. Lamborghini juga akan melancarkan model elektrik keempat pada penggal kedua dekad ini.

BACA >>> Lamborghini Jalpa (1982) - Model Ikonik yang Penuh Sejarah Selain Countach
BACA >>> Lamborghini Bikin Semula Countach LP 500, Supercar 1971 Kini Hidup Kembali

Related

163
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Automobili Lamborghini, Jualan Lamborghini 2021, Lamborghini Aventador, Lamborghini Huracan, Lamborghini Urus, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev