DUA rakan sekerja yang menaiki Yamaha RX-Z maut dalam satu kes langgar lari yang di KM13 Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai , Kota Bharu, malam tadi.
Dalam insiden jam 12 tengah malam itu, mangsa, Muhamad Safuan Mohd Shukri, 25 dan pemboncengnya, Shahri Azlin Ibrahim, 36, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas melambung dan terseret sejauh 30 meter.
Menurut polis, motosikal tersebut dilanggar sebuah kenderaan dipercayai Perodua Myvi warna jingga dari belakang berdasarkan serpihan komponen yang ditemui di lokasi kejadian.
Namun, siasatan masih dijalankan kerana kenderaan yang melanggar mangsa melarikan diri dan usaha menjejaki pemandu Myvi jingga itu sedang dilakukan.
Dalam nahas itu, kedua-dua mangsa, yang bekerja sebagai kakitangan pendawaian elektrik parah di kepala, manakala pembonceng putus tangan kanan. Kedua-dua mayat mangsa dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk bedah siasat.
Jika anda ada sebarang maklumat mengenai insiden berkenaan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, Inspektor Mohd Ikhwan Mamat di talian 013-963 8060 untuk membantu siasatan.
BACA >>> Mangsa Langgar Lari Ketika Isi Minyak Rupanya Dua Beradik Berbeza Agama
BACA >>> Maut Depan Isteri, Anak Selepas Tukar Tayar, Polis Buru Drebar Lori Langgar Lari
SUMBER: HarianMetro
Leave a Reply