• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tewaskan Pintasan Rawang, Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus Kini Tertinggi Malaysia!

Tewaskan Pintasan Rawang, Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus Kini Tertinggi Malaysia!

January 13, 2022 By Farah Leave a Comment

3.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PROJEK pembinaan fasa satu Lebuhraya Berkembar Jalan Paya Terubong (Bukit Kukus), George Town dibuka kepada pengguna semalam (13 Januari), yang dibina sejak 2016 dengan menelan kos RM378.2 juta.

Projek tersebut dirasmikan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, pagi semalam.

BACA >>> Pintasan Saloma Kini Dibuka, Jadi Mercu Tanda Baharu Ibu Kota

lebuhraya penang
lebuhraya tinggi

Pembinaan fasa satu lebuh raya itu adalah kemudahan infrastruktur awam yang dibiayai Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) membabitkan laluan sejauh 3.825km.

Menurut Kon Yeow, berdasarkan ketinggian, infrastruktur itu ialah lebuh raya tertinggi Malaysia.

Projek itu melibatkan tiga fasa dengan fasa pertama bermula 14 Januari 2016 sudah siap sepenuhnya dan jalan berkembar tersebut mula dibuka kepada pengguna jalan raya hari ini.

"Istimewa projek itu ada laluan dengan ketinggian 61.5 meter, sekali gus meletakkan ia sebagai lebuh raya paling tinggi di Malaysia ketika ini."

Projek berkenaan mempunyai tiga fasa membabitkan laluan sepanjang 5.5km yang menghubungkan Paya Terubong dan Relau dengan kos RM545.6 juta.

Bagi fasa satu, Kerajaan Negeri menerusi MBPP bertanggungjawab membiayai pembinaan laluan itu, manakala baki fasa laluan sepanjang 1.674km dengan kos RM167.40 juta akan dibiayai PLB Land Sdn Bhd dan Geo Valley Sdn Bhd. Tarikh jangkaan siap ialah 2025.

Kon Yeow percaya lebuh raya berkembar itu mampu mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas pada kadar hingga 30 peratus. Kerajaan Negeri juga menjamin sudah mengambil langkah memastikan ia selamat digunakan dengan melantik pakar geologi dan perunding bebas untuk memeriksa keselamatan cerun di kawasan itu.

Sebagai makluman, pemegang rekod lebuh raya tertinggi Malaysia sebelum ini ialah Pintasan Rawang (Rawang Bypass) iaitu setinggi 58.2 meter.

BACA >>> Filipina Buka Skyway Stage 3, Bakal Jadi Lebuh Raya Bertingkat Terpanjang Dunia
BACA >>> Gerak Malaysia: 11 Info Lebuhraya PLUS yang Perlu Anda Tahu

SUMBER: Bernama

Related

3.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jalan Berkembar Jalan Paya Terubong (Bukit Kukus), Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus, lebuhraya paling tinggi, Pulau Pinang, rawang bypass

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev