• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Shangri-La Tawar Insentif 'Fuel Your Stay', Kredit Petrol Hingga RM50, Parkir Percuma

Shangri-La Tawar Insentif 'Fuel Your Stay', Kredit Petrol Hingga RM50, Parkir Percuma

January 13, 2022 By Shawkath Leave a Comment

163
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SHANGRI-LA Hotel and Resorts menawarkan inisiatif ganjaran menarik, Fuel Your Stay kepada mereka yang merancang bercuti dalam negara.

Ganjaran Fuel Your Stay itu berupa kredit hingga RM50 atau pembayaran balik petrol jika membuat tempahan secara terus dengan premis tersenarai. Tawaran sah hingga 31 Mac ini (termasuk tarikh cuti umum) membabitkan semua premis Shangri-La Group di Malaysia seperti berikut:

  • Shangri-La Rasa Sayang(Pulau Pinang)
  • Shangri-La Golden Sands (Pulau Pinang)
  • Shangri-La Kula Lumpur
  • Traders Hotel Kuala Lumpur
  • JEN Penang Georgetown by Shangri-La (Pulau Pinang)
  • JEN Johor Putri Harbour by Shangri-La (Johor)
  • Shangri-La Tanjung Aru (Kota Kinabalu, Sabah)
  • Shangri-La Rasa Ria (Kota Kinabalu, Sabah)

BACA >>> Sudah Boleh Terbang Terus dari Subang ke Pangkor, Redang Naik Kapal Terbang!

Syarat Nikmati Ganjaran 'Fuel Your Stay'
  • Isi petrol dan simpan resit bayaran.
  • Ketika mendaftar masuk, serahkan resit bayaran petrol kepada petugas meja depan (front desk).
  • Pastikan tarikh resit bayaran adalah sama atau dalam tempoh 24 jam sebelum tiba ke hotel.
  • Petugas meja depan akan buat bayaran balik kos petrol atau menawarkan jumlah nilai berbelanja tidak lebih RM50.
  • Hanya untuk rakyat Malaysia.
  • Terhad untuk satu kredit/bayaran balik untuk setiap bilik, setiap penginapan.
Lagi Banyak Ganjaran
  • Pengunjung yang menginap di Shangri-La Rasa Sayang dan Shangri-La Golden Sands pula boleh menikmati parkir percuma sepanjang penginapan.
  • Mereka juga diberikan akses mengecas kenderaan elektrik.

Pengarah Komunikasi Shangri-La Rasa Sayang dan Shangri-La Golden Sands, Suleiman Tunku Abdul Rahman berkata;

Dengan situasi perjalanan antarabangsa masih tidak praktikal untuk ramai orang, pelancongan domestik bermain dalam fikiran. Destinasi seperti Pulau Pinang, Johor dan Kota Kinabalu ada banyak tarikan.

“Kami tahu rakyat Malaysia suka trip perjalanan di jalan raya, lebih-lebih lagi bersama rakan taulan dan ahli keluarga. Kami harap inisiatif ini mengurangkan kos perjalanan.”

BACA >>> V8 Hotel - Destinasi Penginapan Peminat Kereta Jika Melancong di Jerman
BACA >>> Ambil Masa 15 Tahun Hanya untuk Bina Jalan 1.5km

Related

163
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Percutian, Shangri-La Golden Sands, Shangri-La Rasa Sayang, Suleiman Tunku Abdul Rahman

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my