• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Haval M4 Beri Jaminan 7 Tahun & Servis Percuma - Biar Betul?

Haval M4 Beri Jaminan 7 Tahun & Servis Percuma - Biar Betul?

November 25, 2016 By Abang GYL 1 Comment

781
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

haval m4 beri jaminan 7 tahunANDA sedang tercari-cari kereta mampu milik dan dapat memberi ketenangan minda? Jika ya, Haval M4 boleh dimasukkan dalam senarai pilihan anda.

Bermula sekarang hingga 31 Disember 2016, Haval Malaysia menawarkan pelbagai insentif menarik buat bakal pembeli Haval M4 termasuk jaminan sehingga 7 tahun tanpa had perbatuan.

INSENTIF MENARIK

Tidak cukup dengan itu, Haval Malaysia turut memberikan insentif tunai tanpa mengira jenis kenderaan bagi menampung baki susut nilai jual beli semula kereta anda sedia ada. Malah, nilai insentif yang sama itu turut boleh dijadikan bayaran muka pembelian Haval M4.

Selain itu, Haval Malaysia turut menawarkan tiga pilihan insentif menarik buat bakal pemilik Haval M4, iaitu:

  1. Percuma bayaran insurans tahun pertama dan percuma tiga bulan ansurans bank; atau
  2. Servis percuma lima tahun atau 100,000km bagi upah dan alat ganti (yang mana satu tiba dahulu); atau
  3. Naik taraf Haval M4 Comfort kepada varian Premium.

haval m4

PRESTASI

Haval M4 ialah SUV segmen-B yang dijana enjin 4-silinder petrol 1.5 liter VVT MPI berkuasa 105hp pada 6,000rpm dan 138Nm pada 4,200rpm.

Semua varian Haval M4 menggunakan sistem pacuan roda depan dan didatangkan dengan transmisi manual 5-kelajuan atau AMT 6-kelajuan.

HARGA (Tidak Termasuk insurans)

  • Haval M4 Comfort (MT) - RM53,008
  • Haval M4 Comfort (AT) - RM60,017
  • Haval M4 Premium (MT) - RM59,839
  • Haval M4 Premium (AT) - RM65,852

Terbaru Haval Malaysia turut memperkenalkan Haval M4 Elite pada harga RM72,659 bersama ciri lampu depan halogen yang dilatari barisan LED di atasnya. Ciri LED tambahan turut diletakkan pada lampu kabus yang pastinya menambah seri kereta berkenaan. Ada enam warna opsyen iaitu putih, perak, hitam, biru, merah dan oren.

Apa tunggu lagi, pastikan anda ke bilik pameran Haval Malaysia terdekat. Ingat, tawaran ini hanya terhad sehingga 31 Disember 2016.

Maklumat lanjut, layari www.haval.my

GALERI

Haval M4 Elite 2016
Haval M4 Elite 2016
Haval M4 Elite 2016
Haval M4 Elite 2016
Haval M4 Elite 2016
Haval M4 Elite 2016
Haval M4 Elite 2016
Haval M4 Elite 2016
Haval M4 Elite 2016
Haval M4 Elite 2016
Haval M4 Elite 2016
Haval M4 Elite 2016
Haval M4 Elite 2016
Haval M4 Elite 2016
Haval M4 Elite 2016
Haval M4 Elite 2016
Haval M4 Elite 2016
Haval M4 Elite 2016
Haval M4 Elite 2016
Haval M4 Elite 2016
Haval M4 Elite 2016
Haval M4 Elite 2016
Haval M4 Elite 2016
Haval M4 Elite 2016
Haval M4 Elite 2016
Haval M4 Elite 2016
Haval M4 Elite 2016
Haval M4 Elite 2016
Haval M4 Elite 2016
Haval M4 Elite 2016

Related

781
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Go Auto, Haval M4, Haval M4 ELITE, Haval Malaysia, promosi haval m4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my