• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Saintis Israel Dakwa Berjaya Latih Ikan Emas Pandu 'Kenderaan'

Saintis Israel Dakwa Berjaya Latih Ikan Emas Pandu 'Kenderaan'

January 12, 2022 By Shawkath Leave a Comment

410
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEPASUKAN saintis Israel mendapati ikan emas mampu mengemudi kenderaan jika diberi makanan dan latihan, termasuk platform sesuai.

Penemuan itu dilakukan pasukan saintis dari Universiti Ben-Gurion yang membangunkan kenderaan kendalian ikan (fish operated vehicle, FOV). Kenderaan itu dipasang sistem lidar, iaitu teknologi penderiaan jauh yang menggunakan lampu laser untuk  mengumpul data lokasi kenderaan dan kedudukan ikan dalam akuarium kecil.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Itu Sistem Stereng Empat Roda?

ikan emas israel - 1
ikan emas israel - 2

Saintis juga menambah sebuah komputer, kamera, motor elektrik dan roda semua arah untuk membolehkan ikan mengawal kenderaan. Saintis Shachar Givon berkata;

Apa menakjubkan, ikan tidak mengambil masa lama untuk belajar memandu. Pada mulanya, ia agak keliru dan tidak tahu apa sedang berlaku. Namun, ia cepat sedar ada kolerasi antara pergerakannya (ikan) dengan mesin yang diletakkan.”

BACA >>> Inilah 5 Sebab Kenapa Enjin Kereta Moden Lebih Hebat daripada Enjin Lama

ikan emas israel - 3
ikan emas israel - 0

Pasukan saintis itu kini sudah melatih enam ikan emas untuk mengendali kenderaan. Setiap ikan diberikan kira-kira 10 sesi latihan memandu, dan ganjaran berupa makanan akan diberi kepada ikan yang mencapai sasaran ditetapkan.

Kajian juga mendapati ada beberapa ikan emas mampu memandu lebih baik berbanding ikan lain.

Profesor Biologi dan Saintis Neurologi, Ronen Segev berkata;

Sesetengah ikan menunjukkan kecemerlangan dan ada ikan mempamerkan kemampuan kawalan kenderaan, tetapi masih tidak cekap memandu.”

Kenapa Latih Ikan Pandu Kenderaan?

  • Saintis mendakwa ikan memiliki keupayaan kognitif untuk bergerak luar habitat asal (air).
  • Membantu meluaskan pengetahuan saintifik mengenai skil navigasi penting haiwan.

Kita manusia mengganggap diri amat istimewa dan ramai menganggap ikan sebagai haiwan primitif, tetapi itu sebenarnya tidak tepat. Ada makhluk lain (termasuk ikan) yang amat penting dan cukup bijak,” kata Segev.

Antara haiwan lain yang pernah dilatih memandu kenderaan ialah anjing, tikus dan kucing.

BACA >>> Banyak Haiwan Suka Buat Pot dalam Yamaha NMAX
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Penukar Bermangkin (Catalytic Converter) Pada Sistem Ekzos?
BACA >>> Kenapa Tidak Ramai Pelumba Motocross yang KO Walaupun Kerap Jatuh Motor?

SUMBER: Autoblog

Related

410
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Global, Ikan Emas Pandu Kenderaan, Ikan pandu kereta, Ronen Segev, Saintis Israel, Shachar Givon, Universiti Ben-Gurion

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev