PELUMBA MotoGP, Maverick Vinales mengakui tersilap berpindah dari pasukan Suzuki ke pasukan pengilang Yamaha. Dia juga mendakwa hampir 'gila' kerana gagal membuatkan jentera Yamaha YZR-M1 mencapai prestasi lebih konsisten.
Aku tak mahu bercakap terlalu banyak pasal masa lepas, tetapi apa yang jelas aku dah buat silap besar. Motor Yamaha ialah jentera pemenang dan aku pilih untuk ambil langkah tersebut.
"Aku tak ada apa komen buruk pasal dia orang. Aku selalu cakap motor dia orang dah cukup baik, tapi kami tak tau cara nak dapatkan hasil. Ada masa aku tak boleh disaingi, tapi kadangkala aku duduk kat belakang. Aku rasa macam nak gila."
Vinales memulakan karier GP dalam Moto3 pada 2013 dengan memenangi kelas itu pada tahun sama. Dia kemudian berhijrah ke kelas Moto2 untuk musim 2014-2015. Selepas menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam kelas pertengahan itu, dia direkrut pasukan Suzuki Ecstar untuk beraksi dalam kelas premier MotoGP bagi musim 2015-2016.
Vinales juga menjadi pelumba yang bertanggungjawab memberikan kemenangan pertama untuk Suzuki dalam GP British di Silverstone pada 2016. Itu juga kemenangan pertama buat pasukan yang berpangkalan di Hamamatsu, Jepun tersebut sejak 2007.
Melihatkan potensi Vinales, pasukan pengilang Yamaha mengambil pelumba Sepanyol itu untuk menggantikan Jorge Lorenzo yang berpindah ke pasukan pengilang Ducati pada 2017.
Vinales menunjukkan kehebatannya bersama Yamaha dengan memenangi tiga daripada lima perlumbaan pertama pada musim itu. Namun, prestasinya mula jadi tidak menentu dan berterusan merosot sepanjang empat setengah tahun berikutnya.
Dia kemudian disingkirkan Yamaha atas alasan 'unexplained irregular operation of the motorcycle' kerana sengaja meligatkan enjin ketika memasuki lorong pit di GP Styrian akibat berang dengan keputusan diperoleh. Vinales kemudian diambil menyertai pasukan Aprilia untuk berlumba bersama rakan pasukan dari Suzuki, Aleix Espargaro.
BACA >>> Inilah Sebab Kenapa Yamaha Larang Vinales Berlumba di Austria?
BACA >>> Sepupu Viñales 15 Tahun Maut Nahas WSSP 300
Leave a Reply