• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Dapat Diskaun 15 Peratus Pun Kos Baiki Kereta Rosak Akibat Banjir Boleh Cecah RM67k!

Dapat Diskaun 15 Peratus Pun Kos Baiki Kereta Rosak Akibat Banjir Boleh Cecah RM67k!

January 7, 2022 By Farah Leave a Comment

1.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

BENCANA banjir yang melanda beberapa negeri baru-baru ini benar-benar memberi kesan mendalam kepada mangsa terlibat. Ramai hilang tempat tinggal dan mengalami kerosakan harta benda, termasuk kenderaan.

Apabila banyak kawasan banjir sudah surut, mangsa banjir mula menghantar kenderaan mereka ke bengkel untuk dibaik pulih. Prihatin kepada nasib mangsa banjir, pengeluar kenderaan dan bengkel kini menawarkan diskaun kepada mangsa banjir.

Namun, kos membaik pulih kerosakan akibat kesan banjir bukan murah. Buktinya, baru-baru ini tular sekeping gambar menunjukkan resit baik pulih sebuah kenderaan rosak akibat banjir yang berjumlah lebih RM67,000!

Resit ini dikongsi seorang mangsa banjir kepada Dr Zaharuddin Abd Rahman yang kemudian memuat naik foto resit itu di media sosial. Menurutnya, kos baik pulih kenderaan itu sudahpun diberi diskaun 15 peratus.

Pendedahan itu menarik perhatian ramai netizen yang bersimpati dengan nasib mangsa banjir yang mengalami kerosakan kereta dan tidak kurang juga yang berkongsi pendapat lebih baik menukar kereta baharu.

Namun bercakap memang mudah kerana kereta rosak itu mungkin masih ada pinjaman bank yang perlu dibayar. Mungkin pilihan yang ada adalah beli kereta terpakai murah secara tunai. Pun perlukan wang juga.

Kalau tak dibaiki, boleh sakit hati juga dibuatnya kerana kereta tidak dapat bergerak ke mana-mana sedangkan pinjaman tetap kena bayar. Memang dilema. 😭

BACA >>> Senyum dalam Hiba, Bezza Baru Beli 3 Bulan Guna KWSP Musnah Dihanyut Banjir
BACA >>> Inilah Sebab Kenapa Insurans Anda Tiada Perlindungan Kereta Tenggelam Banjir

* Gambar kereta sekadar hiasan.

SUMBER: Dr Zaharuddin Abd Rahman

 

 

Related

1.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: banjir, Bencana Banjir, harga mahal baiki kereta banjir, Kereta Banjir, kereta rosak, kereta rosak sebab banjir, Kos Baik Pulih Kereta Tenggelam Banjir

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV
    #PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV
  • KPDN Johor: Nozel RON95 Dicabut Bukan Sebab Habis Stok, Tapi Masalah Teknikal
    KPDN Johor: Nozel RON95 Dicabut Bukan Sebab Habis Stok, Tapi Masalah Teknikal
  • Jenama Kove Rasmi Masuk Malaysia, Lancar 450R dan 800X GT, Harga Mula RM33,888
    Jenama Kove Rasmi Masuk Malaysia, Lancar 450R dan 800X GT, Harga Mula RM33,888
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev