• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Yamaha, Kawasaki Jalin Kerjasama Bangunkan Trenkuasa Hidrogen

Yamaha, Kawasaki Jalin Kerjasama Bangunkan Trenkuasa Hidrogen

January 5, 2022 By Shawkath Leave a Comment

218
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEMAKIN hari, semakin banyak model motosikal elektrik diperkenalkan ke pasaran dunia, terutama negara Eropah dan sebilangan negara Asia.

Senario itu seakan menunjukkan industri motosikal perlahan-lahan mula beralih daripada enjin pembakaran dalaman (ICE) kepada trenkuasa elektrik. Namun, itu bukan situasi sebenar.

BACA >>> Yamaha Fokus Penuh Jualan Motosikal, Skuter Elektrik Bermula 2050

biofuel
ducati-logo

Bukan semua pengeluar sepakat memilih elektrik sebagai nadi. Misalnya, Ducati dan Porsche memilih melabur dalam penyelidikan untuk bahan api alternatif seperti, bahan api bio (biofuel). Ada juga memilih jalan tengah, iaitu beralih kepada trenkuasa hibrid yang mana senario itu dilihat semakin berkembang di pasaran Asean, termasuk India.

logo-yamaha-indonesia
kawasaki-logo

Lain pula cerita Kawasaki. Pengeluar itu sudah berkecimpung dalam tenaga hidrogen yang melihat sumber itu bahan api alternatif.  Menariknya, Yamaha pun memilih untuk bersama menyertai misi Kawasaki apabila kedua-dua pengeluar motosikal Jepun itu bakal bekerjasama membangunkan trenkuasa hidrogen untuk motosikal masa depan.

Kawasaki sebenarnya sudah memiliki teknologi yang menunjukkan kemampuan hidrogen, yang terhasil daripada arang batu Australian brown, dalam enjin ICE. Malah, Kawasaki Heavy Industries (KHI) adalah pemilik pengangkut cecair hidrogen pertama dunia, ‘The Suiso Frontier'.

Selain motosikal, Kawasaki juga berusaha menghasilkan enjin berasaskan tenaga hidrogen untuk kenderaan berat dan perkakas seperti generator turbin. Yamaha pula pernah mengumumkan rancangan ke arah misi 100 peratus bebas karbon menjelang 2050.

BACA >>> Kawasaki Mahu Perkenal 10 Motosikal Hibrid, Elektrik Menjelang 2025
BACA >>> Kawasaki Ninja 250 Elektrik Semakin Jadi Kenyataan, Masih Gaya Model Petrol?

SUMBER: RideApart

Related

218
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: biobahan api, Ducati, Kawasaki Heavy Industries (KHI), Kawasaki Hidrogen, Porsche, The Suiso Frontier

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Lelaki Tak Datang Auto Show Nak Tengok Perempuan!
    #SembangDeras: Lelaki Tak Datang Auto Show Nak Tengok Perempuan!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Kutipan Parkir PBT Selangor Diurus Konsesi Baharu 1 Ogos Ini
    Kutipan Parkir PBT Selangor Diurus Konsesi Baharu 1 Ogos Ini

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev