• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Suzuki RGV 120 (1999) 'NOS' Tidak Pernah Isi Petrol Ini Cecah Harga RM184k!

Suzuki RGV 120 (1999) 'NOS' Tidak Pernah Isi Petrol Ini Cecah Harga RM184k!

January 5, 2022 By Shawkath 3 Comments

12.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERCAYAKAH anda, ada seunit motosikal Suzuki yang tidak pernah diisi petrol dalam kondisi masih 100 peratus baharu dan disimpan bawah selimut sejak 23 tahun lalu?

Model dimaksudkan itu ialah Suzuki RGV 120 edisi 1999 dan khabarnya kapcai itu dikatakan berharga lebih 1 bilion dong (RM184,370).

BACA >>> Saja Letak Mahal, Tak Sangka Orang Vietnam Ini Setuju Beli 125ZR Harga RM85k!
BACA >>> Durian Runtuh, Lelaki Ini Dapat Jual Yamaha RX-Z ‘Biru Bohjan’ RM60k!

RGV 120 kategori 'new old stock (NOS)' itu dimiliki pengumpul motosikal popular dalam kalangan komuniti permotoran di Vietnam, Cuong Martin.

Sebenarnya, Cuong juga memiliki seunit RG Sport edisi 'NOS' yang pernah ditawarkan pada harga lebih 800 juta dong (RM147,500), termasuk Yamaha 125ZR M1 Go! (2003) berserta autograf pelumba legenda Valentino Rossi.

Motosikal 2-lejang Suzuki lewat 90-an dan awal milenia memiliki kelompok peminat yang ramai di Vietnam selain model Yamaha seperti Z125 (Malaysia: 125Z). Tarikan utama sudah tentu daya pecutan pantas, deruman ekzos dan asap ekzos berbau 'wangi'.

Model Suzuki generasi pertama RG Sport 110 (foto atas) dianggap produk sukses sebelum menyusul model generasi kedua dengan rekabentuk dan trenkuasa lebih menggiurkan, iaitu RGV 120.

BACA >>> #RetroAuto: 'Belalang Tempur' - Legenda Motosikal Adiwira Sepanjang Zaman

RGV 120 dijana trenkuasa 2-lejang silinder tunggal 120.7cc penyejukan udara berkuasa 15.5hp @ 8,800rpm dan tork 14.7Nm @ 7,000rpm, manakala kotak gear jenis klac manual 6-kelajuan. Menjelang 2003, Suzuki menamatkan pengeluaran RGV 120 yang diganti model RGX 120.

BACA >>> Apa Cerita Yamaha 125Z RM90k? Sudah Ada Pembeli atau Belum?
BACA >>> Yamaha 125ZR 'NOS' Hitam di Vietnam Ini Mahu Dijual RM89.9k!
BACA >>> Siapa Sangka Yamaha 125Z Kuning Ini Boleh Dijual Hingga RM24k di Indonesia!
BACA >>> Yamaha RX-Z NOS RM70k Sudah Ada Pembeli Bayar Deposit RM30k!

SUMBER: MotoSaigon

Related

12.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: 2 lejang, roda2, Suzuki RGV 120 (1999) NOS, Suzuki RGV Malaysia, Suzuki Vietnam

Comments

  1. Fesal Abdullah says

    January 6, 2022 at 1:15 PM

    i like sell my yamaha sport 100 1993. original condition

    Reply
  2. Anonymous says

    January 7, 2022 at 8:01 PM

    Mustahil lah tak pernah isi petrol. Selalunya QC dikilang akan hidup kan enjin terlebih dahulu untuk check keadaan enjin sama ada ok atau tidak sebelum di edarkan motosikal di kedai.

    #Sekadar Padangan jer ok
    #Jangan kecam saya 😚

    Reply
  3. Anonymous says

    January 13, 2022 at 4:13 PM

    i like sell my yamaha sport 100 1993. original condition

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my