• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / JPJ Bukan 'Cover' Lori Balak, Tapi Iring Supaya Tak Lari

JPJ Bukan 'Cover' Lori Balak, Tapi Iring Supaya Tak Lari

January 5, 2022 By Shawkath Leave a Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) tampil menjelaskan isu video tular di media sosial yang menuduh agensi penguatkuasaan itu cuba melindungi lori membawa muatan balak.

Dalam kenyataan media dimuat naik di media sosial, JPJ  mendedahkan isu berkenaan dengan menyatakan video tular itu sebenarnya memaparkan Operasi Khas Lori Balak yang dijalankan JPJ Kelantan kelmarin (3 Januari 2022).

BACA >>> Langgar Spesifikasi, JPJ Boleh Saman Ikut Bahagian Cermin Gelap Sampai Maksimum RM300?

Berdasarkan rakaman video, sebuah kenderaan milik JPJ diberhentikan di kawasan simpang tiga dan seorang anggota penguat kuasa dipercayai sedang membuat rakaman video menggunakan sejenis peranti.

Semasa rakaman dibuat, ada beberapa lori membawa muatan balak melepasi anggota berkenaan.

@momomqms #Balak yang menjadi #igauan dan #rebutan #fyp #fypシ #shahalam #malaysiatiktok #hujan ♬ original sound - 😘MASTURAH CHELLOW😘

PENJELASAN JPJ

  • 30 lori balak ditahan di depan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang dan diperiksa sebelum semua lori diarahkan ditimbang.
  • Itu kenderaan JPJ yang mengiringi beberapa lori balak di kawasan Gua Musang, Kelantan ke Stesen Penguatkuasa Mentara (Gua Musang).
  • Tujuan mengiringi pemandu lori balak itu adalah untuk memastikan mereka tidak meloloskan diri daripada kawalan dan ke lokasi diarahkan untuk menimbang berat muatan.
  • Ini salah satu prosedur operasi standard (SOP) JPJ untuk menjamin keselamatan pengguna jalan raya.
  • 56 notis kesalahan dikeluarkan iaitu:
    • 23 notis mengikut Seksyen 82(1) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.
    • 2 notis mengikut Seksyen 224 APAD 2010.
    • 31 notis lain-lain kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BACA >>> Menteri: Sistem JPJ Kuno Sangat
BACA >>> Tular Kereta JPJ Lawan Arus, Siapa Nak Saman?

JPJ Beri Peringatan

JPJ memandang serius persepsi negatif terhadap JPJ yang didakwa seolah-olah memberi 'perlindungan' kepada semua lori balak terbabit. Perkongsian video itu dilihat telah mencalarkan imej JPJ tanpa si pemilik akaun media sosial tersebut mengetahui gerak kerja sebenar JPJ.

“JPJ tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan susulan dengan membuat laporan polis jika didapati tuduhan itu menggugat kredibiliti dan imej JPJ dalam melaksanakan tugas rutin."

BACA >>> Polis, JPJ Tunggu di Pintu Jeti, Langkawi Attack, Tak Jadi 'Rancak'

SUMBER: Bernama | JPJ 

Related

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), JPJ Kelantan, Kenderaan Berat Bawa Balak, Lori Balak JPJ, Video Viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev