• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pemilik Marzocchi, QJ Motor Meterai Kerjasama Buka Kilang Komponen di China

Pemilik Marzocchi, QJ Motor Meterai Kerjasama Buka Kilang Komponen di China

January 5, 2022 By Shawkath Leave a Comment

212
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PEMILIK syarikat suspensi Marzocchi, VRM SPA dan syarikat induk QJ Motors, Zhejiang Mazhuoke Machinery Manufacturing memeterai perjanjian baharu yang mungkin menandakan perkembangan menarik untuk industri motosikal Asia.

Firma Itali dan China itu juga bakal mendirikan kilang pengeluaran baharu di wilayah Zhejiang yang akan mengusahakan aktiviti pengeluaran komponen sistem suspensi (fork dan absorber) untuk pasaran China dan dieksport. Bagaimanapun, semua kerja merekabentuk, aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) masih dilakukan di Bologna, Itali.

Apa Bakal Berlaku?

  • Marzocchi dapat meluaskan aktiviti pembuatan dan pengedaran ke pasaran motosikal lebih besar iaitu China, termasuk meneroka pasaran Asia dan Timur Jauh.
  • Model motosikal masa depan QJ Motors mungkin menggunakan sistem suspensi berteknologi Marzocchi, tetapi masih belum disahkan secara rasmi.
  • Pelanggan berpeluang mendapatkan komponen suspensi jenama Itali berkualiti tinggi, tetapi pada harga lebih murah.

BACA >>> WorldSBK 2022: Honda CBR1000RR-R (2022) Akan Guna Suspensi, Brek Jenama Jepun?
BACA >>> #TahukahAnda: Monoshock vs Dual-Shock, Suspensi Mana yang Lebih Bagus?

Marzocchi Nyaris Tutup, Kena Jual

VRM membeli Marzocchi pada 2016 daripada syarikat induk, Tenneco. Ketika itu, Marzocchi berada dalam risiko fasa ditutup yang bakal menyebabkan banyak jenama motosikal seperti BMW, Bimota, Ducati dan MV Agusta mengalami masalah bekalan suspensi.

Sejak dibeli, jenama itu mula bangkit dan berkembang hingga menawarkan sistem suspensi semi-aktif dan sistem suspensi adaptif penuh.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) VRM, Florenzo Vanzetto berkata:

Apabila kami beli Marzocchi, kadar perolehan £8 juta (RM45.6 juta) setahun. Hari ini, membawa perolehan £32 juta (RM182 juta) dan semakin berkembang menerusi projek baharu serta kerjasama baharu. Dalam rangkaian automotif VRM, ia semakin menjadi teras perniagaan kami.”

BACA >>> Sportbike Elektrik Pertama Benelli Debut di China, QJ7000D Bakal Jadi Penanda Aras?
BACA >>> Lynk & Co Mula Teroka Segmen Motosikal, Guna Model Benelli TNT 600

SUMBER: RideApart | Motorrad | VisorDown

Related

212
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: aksesori, Auto Terkini, Marzocchi, QJ Motor, roda2, VRM SPA, Zhejiang Mazhuoke Machinery Manufacturing

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Aveta Malaysia Penuhi Permintaan Pelanggan Dengan Nova 250 dan Marvel 150 Yang Terbaru
    Aveta Malaysia Penuhi Permintaan Pelanggan Dengan Nova 250 dan Marvel 150 Yang Terbaru
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev