• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Juara WorldSBK 2021, Toprak Sertai Yamaha untuk MotoGP 2023?

Juara WorldSBK 2021, Toprak Sertai Yamaha untuk MotoGP 2023?

January 4, 2022 By Shawkath Leave a Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KEJUARAAN Superbike Dunia (WorldSBK) musim lalu menyaksikan pelumba Turki,  Toprak Razgatlioglu muncul juara selepas menewaskan juara WorldSBK enam kali, Jonathan Rea.

Aksi dramatik dipamerkan di arena WorldSBK itu nampaknya seiring apa sedang berlaku dalam pasukan lumba Yamaha.

BACA >>> Toprak Razgatlioglu Sah Juara WorldSBK 2021
BACA >>> 12 Fakta Menarik Tentang Kawasaki Ninja H2R yang Perlu Anda Tahu

Segalanya bermula apabila pelumba MotoGP, Maverick Vinales memutuskan keluar daripada pasukan pengilang Yamaha pada Ogos 2021 yang bukan hanya mengejutkan padok MotoGP, tetapi turut dirasai WorldSBK. Justeru Yamaha mula mengatur strategi memindahkan Franco Morbidelli dari Petronas SRT untuk mengisi kekosongan pasukan pengilang hingga tamat musim 2021.

Andrea Dovizioso pula direkrut masuk ke pasukan satelit, tetapi veteran Valentino Rossi pula memilih bersara daripada SRT menjelang akhir musim 2021.

BACA >>> Rossi Sah Bersara!

Sepanjang kemelut MotoGP, Yamaha ada satu senarai penunggang, termasuk Darryn Binder (Moto3 Petronas SRT) dan Toprak Razgatlioglu (WSBK Pata Yamaha). Cuma ketika itu Toprak masih belum bersedia berhijrah ke MotoGP.

Disebabkan itu, Yamaha memilih Binder untuk mengisi kekosongan  pasukan satelit, tetapi tidak menutup sepenuhnya laluan untuk juara baharu WorldSBK itu. Toprak memberitahu portal GP One:

Saya cuma bersama M1 pada 2022 dengan beberapa ujian peribadi. Pada hari itu, aku akan bersama Cal Crutchlow dan berharap buat debut MotoGP pada 2023, walaupun tumpuan penuh kini pada WorldSBK dan musim akan datang.”

cal-crutchlow-yamaha-1
cal-crutchlow-yamaha-2

Cal Crutchlow ialah juara tiga perlumbaan MotoGP dan juga penunggang uji pasukan pengilang Yamaha Factory Team. Apabila pelumba Turki itu menyebut nama Crutchlow, ia memberi gambaran mengenai penglibatannya dalam sesi ujian eksklusif bersama Yamaha.

Pengumuman itu juga tidak menolak kemungkinan melibatkan ujian pramusim MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang (Malaysia) atau Litar Mandalika (Indonesia). Pengurus Toprak yang juga juara lima kali WSSP, Kenan Sofuoglu memberitahu portal Speedweek;

Kami sedang merancang ujian persendirian dan mungkin menyertai satu lagi ujian rasmi, jika ada masa dalam kalendar kami.”

“Kami belum ada janji temu disahkan tetapi aku rasa Toprak akan ride jentera MotoGP musim sejuk nanti.”

BACA >>> Rossi: Rea Cukup Laju untuk Berlumba dalam MotoGP
BACA >>> Toprak Razgatlioglu Sah Juara WorldSBK 2021
BACA >>> WorldSBK 2022: Honda CBR1000RR-R (2022) Akan Guna Suspensi, Brek Jenama Jepun?
BACA >>> MotoGP Guna Minyak Sawit 2027?

SUMBER: RideApart | YamahRacing | Toprak

Related

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Andrea Dovizioso, Cal Crutchlow, darryn binder, franco morbidelli, Jonathan Rea, Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK), Kenan Sofuoglu, Maverick Viñales, Petronas SRT, Toprak Razgatlioglu, Valentino Rossi, WSBK Pata Yamaha, Yamaha Factory Team

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev