NAMPAKNYA ada dua tanda dagang baharu sudah dikemukakan pendaftaran untuk Proton yang boleh disemak menerusi portal Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
Dua tanda dagang baharu itu ialah X80 dan X90 yang kedua-duanya didaftarkan ejen Azmi & Associates untuk pihak Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd.
BACA >>> Proton Kemas Kini Waranti Transmisi X70 CBU, Kini 5 Tahun Tanpa Had Perbatuan
Permohonan tanda dagang Proton X90 sudah dihantar sejak 5 Oktober tahun lalu dan pendaftaran dibuat di bawah klasifikasi ‘pengiklanan; pengurusan perniagaan; pentadbiran perniagaan; fungsi pejabat; pemasaran media sosial; penyediaan maklumat perniagaan melalui laman sesawang’.
Pendaftaran X90 sudah boleh dijangka selepas tular foto model misteri, dipercayai model sama, yang dikesan sedang menjalani ujian enduran di jalan awam.
BACA >>> Tentang Proton Persona (2022) Baharu yang Perlu Anda Tahu, Harga Mula RM45.2k
Apa mengejutkan adalah pendaftaran Proton X80 yang didaftarkan ejen sama pada tarikh dan di bawah klasifikasi sama. Ini menimbulkan satu lagi persoalan. Adakah Proton mahu menambah lagi model kenderaan utiliti sukan (SUV) baharu atau itu adalah kenderaan pelbagai guna (MPV) pengganti Exora?
BACA >>> Usia Alza Sudah 160 Tahun, Model Serba Baharu Muncul Tahun Depan?
BACA >>> NGO: PLUS, TnG Tidak Cukup Perjelas Manfaat RFID
BACA >>> Volkswagen T-Roc Cabriolet (2022), SUV Unik dengan Bumbung Boleh Buka, Harga RM150k
SUMBER: Funtasticko
Amirhazimredzuan says
Hi bila launch kedua kereta x80 x90 akan masuk Malaysia 2023