• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Dongfeng Dedah Kereta Mini Elektrik Harga Motosikal

Dongfeng Dedah Kereta Mini Elektrik Harga Motosikal

January 3, 2022 By Shawkath Leave a Comment

653
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BARU-baru ini Wuling memperkenalkan model Mini EV di Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo Indonesia (GIIAS) 2021, baru-baru ini.

Model itu tergolong sebagai kereta elektrik (EV) kecil yang dikhaskan untuk pemanduan urban dan dijual pada harga murah. Malah, bentuk kompak yang mudah diparkir dan mampu membawa empat penumpang menjadi ekstra bonus.

BACA >>> Wuling Zhengtu (2021) - Trak Pikap dengan Pintu Kargo Tepi Boleh Lipat, Harga Mula RM37k
BACA >>> MPV 6-Kerusi Wuling Victory (2021) Lancar di China, Harga Mula RM53.3k

Timbul beberapa pandangan mendakwa kereta kompak EV boleh dianggap sebagai pengganti terbaik motosikal dengan tambahan bumbung. Tambahan lagi, Wuling Mini EV adalah antara model EV yang meraih jualan terbaik di China.

Kini, muncul beberapa jenama pesaing lain yang enggan melepaskan peluang mengumumkan model mikro masing-masing. Antaranya DFSK (Dongfen Sokon) menerusi kereta elektrik Dongfeng Fengguang (DF) Mini EV, juga berharga murah.

DFSK Nampak Macam Kereta Mini EV Wuling?

  • Melihat foto, anda mungkin perasan produk DFSK itu mirip Wuling. Ini dikuatkan menerusi  aspek dimensi apabila kedua-dua kereta mini EV itu berkongsi saiz sama, iaitu panjang 2,995mm, lebar 1,495mm dan tinggi 1,640mm, manakala jarak roda 1,960mm, hampir sama seperti EV Wuling.
  • Adakah Wuling dan DFSK saling berkolaborasi? Jawapannya, tidak. Ini kerana kedua-dua pengeluar mengeluarkan jenama berbeza dan tiada kaitan satu sama lain.
  • EV DFSK memiliki bentuk depan pendek dengan bahagian sisi dan belakang rata untuk membantu memaksimumkan saiz kabin.
  • DF Mini EV nampak lebih menyerlah berbanding pesaingnya dengan aksen hitam (seakan misai) pada bampar depan, pintu dengan garis badan dan unit lampu belakang berserta aksen hitam.
  • Juga ada kemasan panel hitam sebelah set lampu belakang dan rod antena atas bumbung, manakala rim dan tayar pula bersaiz kecil.

BACA >>> Semua Orang Sudah Boleh Pandu Kereta Elektrik dengan GoEV Serendah RM24.90 Sejam
BACA >>> Jalan Raya Magnetik - Pandu Saja Sudah Boleh Cas Bateri Kereta Elektrik

Harga EV DFSK 

  • Sebagai permulaan, DSFK sekadar berkongsi tiga foto luaran DF Mini EV tanpa mendedahkan rupa kabin.
  • Mungkin konfigurasi kerusi 2+2 seperti  Wuling atau Baojun, dan belum ada perincian mengenai pek bateri yang digunakan untuk menggerakkan unit motor elektrik atau angka jarak pemanduan maksimum.
  • Menurut DSFK, DF Mini EV menggunakan motor elektrik 34hp, lebih besar daripada Wuling Mini EV (27hp).
  • DF Mini EV mensasarkan pelanggan sama seperti Wuling Mini EV, iaitu individu yang mahu kereta urban yang lincah, mudah dipandu dan ekonomi.
  • Di China, DF Mini EV hanya berharga 31,600 yuan (RM20,750) di China, termasuk cukai. Ya, lebih murah daripada sportbike 250cc di Indonesia sendiri. Menarik juga diperkenalkan di Malaysiakan?

BACA >>> Askar UK, Australia Uji Motosikal Elektrik Sur-Ron Light Bee X Sebagai Aset Tentera
BACA >>> Kawasaki Ninja 250 Elektrik Semakin Jadi Kenyataan, Masih Gaya Model Petrol?
BACA >>> Farnova Othello - Hypercar Elektrik China 1,810hp! Sepantas 420kmj, Harga RM1.2j!

SUMBER: AutoNetMagz | CarNewsChina

Related

653
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Dongfeng Fengguang Mini EV, kereta elektrik, Kereta Urban Elektrik, Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo Indonesia (GIIAS) 2021, Roda4, Wuling Mini EV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Bas Bawa Pelajar UPSI Tayar Pecah Terbabas Masuk Longkang, 17 Cedera
    Bas Bawa Pelajar UPSI Tayar Pecah Terbabas Masuk Longkang, 17 Cedera
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?
    #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev