TENTERA di beberapa negara kini sedang menimbang idea menyerapkan motosikal elektrik sebagai aset ketenteraan dengan beberapa ujian penilaian sudah dilakukan.
Menurut beberapa laporan, tentera Britain dan Australia sudah mula menggunakan motosikal elektrik Sur-Ron Light Bee X untuk unit askar payung terjun (paratrooper).
Berikut perincian Sur-Ron Light Bee X:
BACA >>> Sur-Ron Light Bee - e-Bike yang Laju dan Ranggi Seperti Motosikal
- Bagi pasaran massa, Sur-Ron Light Bee X dikenali sebagai Sur-Ron Firefly dan dijual pada harga sekitar AS$4,200 (RM17,520).
- Motosikal elektrik versi militari itu memiliki berat 46.7kg (tanpa pek bateri) dengan keupayaan membawa beban muatan hingga 99.7kg.
- Faktor berat menjadi kelebihan pasukan askar payung terjun Briged Serangan Udara 16 Britain ketika menjatuhkan motosikal elektrik itu dari helikopter dan pesawat pejuang.
- Menawarkan kuasa 8hp dan kelajuan maksimum 72.4kmj, manakala jarak tunggangan 96.5km.
BACA >>> Opibus Cipta Motosikal Elektrik Mampu Miliki, Praktikal untuk Orang Afrika, Harga RM5.4k
BACA >>> BMW Concept CE 02 - Idea Motosikal Elektrik Mini untuk Remaja Bandar?
BACA >>> 8 Sebab Kenapa Motosikal Elektrik Lebih Baik daripada Motosikal Petrol?
SUMBER: NoteBookCheck
Leave a Reply