• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda BeAT Skuter Pertama Diiktiraf EEV - Harga RM5,565 Seunit

Honda BeAT Skuter Pertama Diiktiraf EEV - Harga RM5,565 Seunit

November 23, 2016 By Abang GYL 2 Comments

198
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

honda BeATSEGMEN skuter terus dimeriahkan dengan pengenalan Honda BeAT dan diiktiraf sebagai skuter pertama yang menerima status Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).

Dengan menyasarkan belia yang berusia antara 17 hingga 24 tahun, Honda BeAT dijual pada harga RM5,565 (termasuk GST).

honda BeAT
honda BeAT

4 PILIHAN WARNA

  • Viva City Red - Merah
  • Vital Meyallic Blue - Biru
  • Angel Pink - Merah Jambu
  • Pearl Magellanic Black - Hitam

honda BeATJAMINAN

Honda BeAT didatangkan dengan jaminan selama dua tahun atau 20,000km perbatuan (mana-mana tiba dahulu).

honda BeAT
honda BeAT

ENJIN 110CC

Skuter ini dipadankan enjin 4-lejang bersesaran 108.2cc dengan sistem suntikan bahan api bersama transmisi automatik CVT. Hasilnya, ia mampu menawarkan kuasa sebanyak 8.77 PS pada 7,500rpm dan tork 9.14Nm (6,000rpm).

honda BeATJIMAT MINYAK

Hasil bantuan sistem suntihan bahan api PGM-FI dan Peningkatan Kuasa Pintar (eSP), Honda BeAT menawarkan penjimatan minyak bahan api yang mengagumkan.

Dengan kapasiti tangki 4L, Honda BeAT mampu ditunggang sejauh 220km. Ia juga menampilkan indikator ECO di ruangan panel meter sekaligus mendidik pengguna untuk menunggang dengan lebih cermat.

honda BeAT
honda BeAT

SISTEM BREK COMBI (CBS)

Buat pertama kalinya, Honda BeAT menampilkan CBS di mana kadar hentian skuter menjadi lebih pendek. Ia hanya akan berfungsi apabila penunggang menarik tuil secara kuat di bahagian kiri.

Dalam erti lain, anda tidak lagi perlu menarik tuil brek kiri dan kanan secara serentak bagi mendapatkan kuasa cengkaman pada tahap maksimum.

honda BeATPENGGANTI HONDA SPACY

Dengan kehadiran Honda BeAT, ia dikatakan bakal mengambil tempat Honda Spacy. Pengeluaran Honda Spacy dijangka akan dihentikan sepenuhnya dalam temoh dua hingga tiga bulan ini.

Apa tunggu lagi, kunjungi pengedar Boon Siew Honda berdekatan anda untuk melihat Honda BeAT dengan lebih dekat.

Jika anda masih bergelar pelajar dan mahu membeli Honda BeAT, Boon Siew Honda turut menawarkan kad petrol bernilai RM100.

honda BeATSPESIFIKASI

Honda BeAT

ENJIN 4-lejang bersesaran 108.2cc
KUASA MAX 8.77 PS @ 7,500rpm
TORK MAX 9.14Nm @ 6,000rpm
KAPASITI TANGKI 4L
BERAT 94KG
TAYAR DEPAN 80/90 - 14
TAYAR BELAKANG 90/90 - 14
HARGA RM5,565 termasuk GST

GALERI

honda BeAT
honda-beat-skuter_pandulajudotcomdotmy-2
honda BeAT
honda BeAT
honda BeAT
honda BeAT
honda BeAT
honda BeAT
honda BeAT
honda BeAT
honda BeAT
honda BeAT
honda BeAT
honda BeAT
honda BeAT
honda BeAT
honda BeAT
honda BeAT
honda BeAT
honda BeAT
honda BeAT
honda BeAT
honda BeAT
honda BeAT
honda BeAT
honda BeAT
honda BeAT
honda BeAT
honda BeAT
honda BeAT
honda BeAT
honda BeAT
honda BeAT
honda BeAT
honda BeAT
honda BeAT

Related

198
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Boon Siew Honda, Honda BeAT, Honda Beat FI, Honda Spacy, skuter

Comments

  1. Yap says

    October 7, 2019 at 11:37 PM

    Ingin tahu lampu eco dlm meter tu nyala apa fungsinya...bila saya tekan minyak sikit eko tu padam...bilo bawa dlm kelajuan 60 kilometer menyala

    Reply
    • AO says

      October 9, 2019 at 7:28 AM

      Eco tu indikator untuk pemanduan jimat. Kalau lampu menyala, itu maknanya pemanduan kita dalam mod jimat.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev