BENARKAH sistem pembayaran Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) terbukti sebagai medium pembayaran yang jauh lebih baik di plaza tol untuk akses lebuh raya?
Persoalan ini timbul berikutan dakwaan menyatakan kaedah pembayaran RFID lebih baik berbanding penggunaan kad Touch ‘n Go (TnG) atau SmartTAG.
Penyedia teknologi Austria untuk sistem kutipan tol inframerah (IR), EFKON Asia Sdn Bhd (Efkon Asia) tampil memberi penjelasan mengenai isu 'panas' kaedah bayaran tersebut.
Firma itu mendakwa sistem berasaskan teknologi IR sudah terbukti dan mampu membantu mempercepatkan pelaksanaan Sistem Aliran Bebas Trafik Pelbagai Lorong (MLFF) dan membantu mengurangkan kesesakan di plaza tol.
Pengarah EFKON Asia, Helmuth Blasch dalam kenyataan media menyatakan, sistem IR yang menggunakan kad Touch ‘n Go (TnG) dan SmartTAG memiliki sekitar 5 juta pengguna dengan jumlah penggunaan semakin bertambah.
Menurutnya;
Dengan usaha naik taraf produk secara berterusan yang menambah baik reliabiliti sistem dan pengalaman pengguna, sistem itu menjadi titik persediaan ideal dan jauh lebih maju untuk mencapai objektif lebuh raya bebas kesesakan seperti dalam Pelan Tindakan Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) berbanding sistem bayaran RFID yang masih baharu."
Blasch berkata, kira-kira 75 peratus daripada 270,000 unit kereta penumpang dan kenderaan komersial baharu di Semenanjung Malaysia (setakat September 2021) dipasangkan pembaca tol terbina dalaman, atau peranti mudah alih mesra Smart Tag sudah diserahkan kepada pelanggan.
Ini petunjuk jelas sistem IR terus menikmati keyakinan pengeluar, penjual dan pemilik kenderaan dan sudah membuktikan nilai sebagai sistem kutipan tol tanpa tunai yang cekap, mudah dan kos efektif."
Berdasarkan respons awam terhadap pengumuman Kementerian Kerja Raya (KKM), kebanyakan pengguna lebuh raya lebih menggemari sistem IR kerana:
- Kemudahan unggul
- Reliabiliti yang jelas terbukti
- Pengalaman pengguna lebih baik
Tahukah anda, sistem IR sudah digunakan di Malaysia sejak 2005?
Blasch juga yakin pihak berkuasa dan syarikat konsesi lebuh raya seharusnya melihat kepada usaha penambahan dan bukan mengurangkan lorong SmartTAG jika mensasarkan objektif mengurangkan kesesakan di plaza tol.
Beliau berkata;
Di Jerman, Sistem Tol Trak Seluruh Negara yang dipasangkan di semua lebuh raya MLFF sudah terbukti sangat berkesan dengan menampung keperluan lebih dua juta trak yang bergerak hingga kelajuan 100kmj.
“Ia menggunakan teknologi IR seperti Malaysia untuk mengesahkan pembayaran. Kami juga sudah berjaya mengulangi ujian itu di Malaysia.
“Unit SmartTAG kami bersesuaian dan mematuhi piawaian DSRC (Dedicated Short-Range Communication) dan diperakui ECE R10.
“Ia beroperasi dalam gelombang 400THz dan dapat memindahkan data 10,000 kali lebih pantas berbanding RFID. Disebabkan menggunakan kuasa bateri, setiap unit aktif dengan masa bangun hanya dua milisaat berbanding RFID pasif 45 milisaat.”
BACA >>> PLUS Jelas Kekeliruan, Mana Ada 15 Januari 2022 Tak Ada Lagi TnG, SmartTAG!
BACA >>> TnG, SmartTag Mungkin Dihentikan Penghujung 2023
EFKON Asia sudah bekerjasama dengan pengeluar peranti tempatan serasi SmartTAG untuk terus memperkenalkan peningkatan dan menambah baik pengalaman pengguna.
Blasch berkata lagi;
Untuk pengguna, pembaca tol terbina dalam serasi SmartTAG dikuasakan secara langsung menggunakan bateri kereta. Unit mudah alih seperti MaxTAG didatangkan dengan bateri 1000mAh boleh dicas semula dan tahan lama serta ada port USB untuk pengecasan mudah dalam kereta.
“Untuk syarikat konsesi lebuh raya, kami kini menawarkan antena sisi lorong baharu pada kos subsidi untuk menaik taraf prestasi lorong SmartTAG bagi memastikan aliran trafik lebih lancar.
“Pada suku pertama 2022, kami akan bergerak ke arah pendigitalan dengan membolehkan konektiviti Bluetooth antara peranti dan telefon pintar serta sistem media kereta.
"Sambungan dengan e-wallet untuk memudahkan tambah nilai juga boleh dilakukan."
BACA >>> RFID Bermula, Touch n Go, SmartTAG Henti Berperingkat Menjelang 15 Januari 2022
BACA >>> Usia Alza Sudah 160 Tahun, Model Serba Baharu Muncul Tahun Depan?
BACA >>> Mana Boleh 'Free', Mangsa Banjir Pun Kena Bayar Tol - Netizen
zarilan says
Memangla, bukan nak kata, tapi kalau kroni dah laburkan duit juta-juta dalam Rfid, tak orang nak beli. Mesti rugi juta-juta. Nak tak nak, paksa rakyat marhain supaya papa kedana. Ada 5 biji kereta. 5 Rfid nilah kena beli. Merepek. Zalim, kejam.