WARISAN Tan Chong Automotif (WTCA) dan GAC Motor International Limited (GAC International) memeterai perjanjian pengedaran yang menyaksikan WTCA dilantik sebagai pengedar rasmi kenderaan jenama GAC di Malaysia pada 30 November lalu.
Sebagai permulaan, model GAC GS3 menjadi model import (CBU) pertama diperkenalkan untuk pasaran Malaysia dengan perincian seperti berikut:
HARGA
Ditawarkan dalam dua varian dan harga seperti berikut:
- Standard - RM88,800
- Premium - RM96,800
• Harga adalah atas jalan tanpa insurans, pendaftaran persendirian, dan termasuk pengecualian 50 peratus cukai jualan dan perkhidmatan (SST).
BACA >>> Trak Pikap China, JMC Vigus Pro 4x4 dengan Enjin 2.0L TDi (139hp, 340Nm) Lancar Bulan Ini
WARNA
- Secara am, ada empat warna pilihan: Lunar Grey (kelabu), Ivory White (putih), Starlight Silver (perak) dan Rosefinch Red (merah).
- Varian Premium hadir menampilkan tona Rosefinch Red dengan bumbung hitam, Ivory White dengan bumbung hitam, dan Lunar Grey dengan bumbung sama warna dengan badan.
- Varian Standard ditawarkan dalam warna Lunar Grey, Ivory White dan Starlight Silver.
TRENKUASA
- Enjin petrol 4-silinder 1.5L dengan teknologi injap variabel Dual-CVVT berkuasa 111.5hp @ 6,000rpm dan tork 150Nm @ 4,500rpm.
- Sistem transmisi automatik 6-kelajuan dengan pemangkin tork untuk anjakan gear lebih lancar dan prestasi dipertingkat.
- Penggunaan bahan api 6.9 liter per 100km (atau 14.5km per liter mengikut kitaran NEDC dan laporan ujian UNECE R101).
BACA >>> #ApaNakBuat: Proses Bleeding Bantu Pulihkan Semula Prestasi Enjin Diesel
REKABENTUK
- Mengetengah bahasa rekabentukterkini GAC, dinamakan Flying Dynamic Wing 3.0.
- Gril depan lebih menyerlah dengan kemasan krom bersambung dengan lampu utama jenis projektor.
- Ada kemasan krom melintasng sepanjang bampar bawah depan hingga lampu kabus.
- Ada spoiler belakang yang disepadukan dengan lampu brek ketiga. Lampu belakang jenis LED.
- Rekabentuk bumbung berkonsepkan ‘terbang’ (flying roof) dengan pilar-D hitam untuk penampilan lebih sporty dan maskulin.
- Memiliki dimensi panjang 4,358mm, lebar 1,825mm, dan tinggi 1,660mm. Jika ada rel bumbung, ketinggian SUV ini ialah 1,685mm, manakala jarak roda 2,560mm.
BACA >>> #TahukahAnda: Seberapa Pantas Suhu Luar Panaskan Kabin Kereta?
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Penapis Kabin yang Perlu Anda Tahu
KABIN
- Ada sistem infotainmen skrin sentuh 8 inci dengan konektiviti Apple CarPlay, dan ciri Phone Mirroring dan Bluetooth.
- Stereng tiga jejari multi-fungsi dibalut kulit, dan disediakan konsol butang kawalan untuk sistem multimedia dan akses panggilan telefon pintar tanpa perlu mengalihkan tangan dari stereng.
BACA >>> Lakukan 5 Tabiat Ini Jika Mahu Gear Automatik Anda Rosak
- GAC GS3 ialah antara model SUV kompak dengan saiz kabin 1,500mm, cukup luas untuk keselesaan penumpang belakang.
- Sistem brek jenis cakera, manakala roda menggunakan rim aloi 17 inci dengan tayar 215/60.
- Ciri stereng kuasa dan bumbung suria ditawarkan sebagai standard.
BACA >>> Kos Penyelenggaraan EV Lebih Jimat Berbanding Trenkuasa Konvensional?
- Sistem pacuan roda depan (FWD). Sistem suspensi jenis independen strut MacPherson strut (depan), dan torsion beam di belakang.
- Ruang buat 356 liter dan boleh dipertingkat kepada 780 liter apabila merebahkan kerusi belakang.
- Menyediakan25 ruang simpanan barang.
- Varian Premium ada tambahan penghidup tanpa kunci (keyless) dan butang mula-henti.
KESELAMATAN
Ciri keselamatan GAC GS3 dilengkapi:
- 6 beg udara
- Pemantau Titik Buta (BSM)
- Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC)
- Isyarat Henti Kecemasan (ESS)
- Kamera Undur
Amaran Tali Keledar untuk semua penumpang - Pautan ISOFIX untuk kerusi kanak-kanak
- Sistem Kawalan Suhu dengan penapis PM2.5 untuk udara ruang kabin lebih segar
JAMINAN
- GAC GS3 diberikan waranti lima tahun atau jarak perbatuan 150,000km.
- Juga ada bonus cas buruh percuma untuk lima kali servis berjadual yang sah untuk jarak perjalanan di bawah 100,000km atau tidak lebih tiga tahun (mana satu tiba dulu).
- Di pasaran Malaysia. S5e akan bersaing dengan model SUV subkompak lain seperti Honda HR-V dan Proton X50.
BACA >>> Waranti Tak Sah Kalau Tanggal Cermin Sisi
BACA >>> Betul Ke Kos Servis Hyundai Mahal?
Leave a Reply