• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mana Boleh 'Free', Mangsa Banjir Pun Kena Bayar Tol - Netizen

Mana Boleh 'Free', Mangsa Banjir Pun Kena Bayar Tol - Netizen

December 28, 2021 By Farah Leave a Comment

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEMANGAT rakyat Malaysia turun pandang untuk bersama membantu mangsa banjir sama ada dari segi kewangan atau tenaga kudrat memang layak dipuji.

Namun, itu bukan alasan untuk kita dikecualikan daripada membayar tol. Terbaharu, kecoh isu satu kumpulan sukarelawan bertengkar dengan dua pekerja plaza tol kerana enggan membayar tol.

@andy8836 Datang memberi bantuan tanpa mahu bayar toll.pendapat anda?#fyp #fypdongggggggg #fypシ゚viral #foryou ♬ original sound - Andy 🔹

Video tersebut dimuat naik pemilik akaun TikTok @andy8836 dengan kapsyen;

Datang memberi bantuan tanpa mahu bayar tol. Pendapat anda?"

Dalam video itu, pasukan sukarelawan tersebut dikatakan sedang dalam misi menghantar bantuan kepada mangsa banjir dan meminta dikecualikan membayar tol.

Bagaimanapun, pekerja tol menjelaskan hanya agensi dan jabatan Kerajaan tertentu seperti Bomba saja yang dikecualikan membayar tol. Malah jabatan beruniform seperti jabatan penjara dan polis bantuan juga perlu membayar tol jika menggunakan lebuh raya.

Menyedari pertengkaran mereka dirakamkan, dua pekerja wanita itu masuk semula ke pondok sambil salah seorang menyatakan akan memanggil polis.

"Kita mari sini, tolong orang saja, allamak," balas salah seorang sukarelawan.

Berdasarkan video itu, rakaman berkenaan semacam direkodkan pasukan sukarelawan itu sendiri. Entahlah apa yang mereka mahu buktikan kerana 'sudah terang lagi bersuluh' mereka di pihak salah. Jika sewenang-wenang tol percuma diberikan atas dasar bantuan sukarelawan, tindakan itu sebenarnya membuka ruang kepada penyelewengan.

mangsa banjir 1
mangsa banjir 2

Reaksi netizen pula seakan tidak percaya situasi berkenaan berlaku di Malaysia kerana pengguna jalan raya sepatutnya sudah biasa dengan akses lebuh raya bertol, terutama warga Lembah Klang.

Niat hendak membantu mangsa banjir sudah cukup murni, tetapi kalau bergaduh dengan pekerja tol pasal tidak mahu bayar tol, nampak macam tidak manis. Bak kata netizen, 'mangsa banjir pun bayar tol'. Hehehe.. ye tak ye jugakan?

BACA >>> Tolak Hadiah Trak Pikap, Abang Viva Bimbang Tak Mampu Jaga 'Maintenance'
BACA >> Myvi Terjunam Masuk Sungai, Anak 4 Tahun Maut, Seorang Lagi Koma

Related

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: mangsa banjir, sukarelawan tak nak bayar tol, TikTok, tol, video viral tiktok

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV
    #PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)
    #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)
  • Modenas Elit 150S 2025 Lancar Sempena Rai Ulang Tahun ke-30, Harga RM7,877
    Modenas Elit 150S 2025 Lancar Sempena Rai Ulang Tahun ke-30, Harga RM7,877

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev