• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Promosi Pad Brek Remsa Tawar Diskaun 10 Peratus, Rantai Kunci Percuma!

Promosi Pad Brek Remsa Tawar Diskaun 10 Peratus, Rantai Kunci Percuma!

December 26, 2021 By Shawkath Leave a Comment

91
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


CUACA penghujung tahun di Malaysia sukar hendak diramalkan. Kadangkala cuaca panas seharian, tetapi keesokan hari pula hujan lebat turun mencurah tanpa henti sepanjang hari. Sebagai pemandu bijak, anda seharusnya membuat persediaan awal untuk kenderaan supaya tidak berdepan masalah iklim tidak menentu ini.

Selain memastikan pengelap cermin berfungsi dan memeriksa kondisi bunga tayar, anda dinasihatkan menukar pad brek bagi memastikan kereta dapat membrek lebih selamat.

Sebagai usaha mempromosikan pemanduan lebih selamat, Emerald Auto Parts, selaku pengedar eksklusif Remsa di Malaysia berbesar hati berkongsi kesedaran terhadap jenama itu.

APAKAH REMSA?

Sejarah Remsa bermula 51 tahun lalu di Pamplona, ​​Sepanyol dengan menerapkan tradisi pembuatan produk berasaskan elemen penting seperti berikut:

  • Mengutamakan keselamatan
  • Mementingkan keselesaan
  • Prestasi produk
  • Inovasi berterusan

Teknologi canggih, kepakaran dalam industri brek dan tahap pencapaian dalam pengeluaran meletakkan Remsa sebagai antara pengeluar pad brek terulung dalam segmen pasaran selepas jualan (aftermarket) dunia.

Buktinya, lebih 20 juta set dihasilkan setiap tahun dengan peningkatan 2,000 nombor bahagian untuk kegunaan pengguna Eropah, Jepun, Korea, Malaysia dan lain-lain. Pad brek Remsa sebenarnya laris untuk model popular Malaysia seperti Perodua Myvi, Proton Saga, Honda City, Toyota Alphard, Volkwagen Golf dan banyak lagi.

Pemandu yang menggunakan pad brek Remsa mendapat manfaat teknologi Rawatan Tekanan Tinggi (HPT) yang melalui proses pemanasan (scorching) 650ºC untuk meningkatkan prestasi.

Proses penyelidikan dan pembangunan (R&D), termasuk ujian teknikal Remsa diadakan di kawasan Pergunungan Alpine Austria, Grossglockner (Edelweisspitze 2571m) dengan purata cerun 12 hingga 18 peratus pada kadar kejatuhan maksimum.

Ujian itu penting untuk meyakinkan pemandu mengenai aspek keselamatan ditawarkan pad brek Remsa yang juga mesra alam kerana bebas daripada bahan logam berat seperti plumbum, tembaga dan antimoni.

ADA PROMOSI REMSA

Ya, ada berita baik untuk anda! Emerald Auto Parts kini mengadakan promosi dengan diskaun jualan 10 peratus! Selain diskaun, kepada mereka yang mengikuti (Follow Me) akaun Shopee Remsa, anda akan menerima baucar RM5 dengan tawaran hadiah rantai kunci edisi terhad.

Jangan tunggu lama-lama kerana promosi Tahun Baharu 2022 berlangsung sepanjang 25 Disember 2021 hingga 1 Januari 2022 sahaja!

Related

91
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: aksesori, Auto Terkini, Brake Pad, Emerald Auto Parts, pad brek, Rawatan Tekanan Tinggi (HPT), Remsa

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my