• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / TVS Apache RTR 165 RP (2022) Versi Lumba Lancar, Harga RM8.1k!

TVS Apache RTR 165 RP (2022) Versi Lumba Lancar, Harga RM8.1k!

December 24, 2021 By Shawkath Leave a Comment

134
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGELUAR motosikal India, TVS Motor Company (TVS) melancarkan model siri Race Performance (RP) pertama, Apache RTR 165 RP (2022) yang dikeluarkan 200 unit sahaja.

Model edisi terhad itu dibina berasaskan Apache RTR 160 4V dengan menerima naik taraf output kuasa pada pada harga cuma 145,000 rupee (RM8,110), sesuatu yang mustahil dirasai pembeil Malaysia.

BACA >>> TVS Apache RTR 200 4V (2022) Lancar, Harga Mula 7.5k
BACA >>> TVS Lancar Apache RTR 160 4V dan 200 4V Carbon Edition untuk Pasaran Colombia

Berikut perincian Apache RTR 160 4V:

TVS Apache RTR 165 RP -13
TVS Apache RTR 165 RP -15

TRENKUASA

  • Dijana enjin 4-lejang 4-injap silinder tunggal 164.9cc penyejukan cecair dengan teknologi sistem suntikan bahan api berkuasa 18.9hp @ 10,000rpm dan tork 14.2Nm @ 8,750rpm serta dipadankan transmisi klac manual 5-kelajuan.
  • Saiz gerek dan lejang dirombak untuk mengekstrak lebih banyak kuasa dan tork dengan kelajuan maksimum 123kmj.
TVS Apache RTR 165 RP -14
TVS Apache RTR 165 RP
  • Menggunakan kepala silinder baharu untuk suapan bahan api 35 peratus lebih tinggi berbanding Apache RTR 160 4V.
  • Proses pembakaran petrol dan udara menggunakan nyalaan dua palam pencucuh. Injap pula 15 peratus lebih besar, manakala piston kini berbentuk kubah (dome).
  • Sistem transmisi kini dilengkapkan ciri klac antigelincir Assist & Slipper (A&S) untuk tukaran gear lebih pantas dan lancar.
  • Tuil klac dan brek boleh dilaraskan tiga tetapan mengikut keselesaan penunggang.

SPESIFIKASI

  • Lampu depan lima diod jenis LED kelas B, iaitu dua unit lampu rendah dan tiga unit untuk lampu tinggi. Juga ada lampu siang (DRL).
  • Panel meter digital dengan fungsi lumba, termasuk pemasa pecutan 0-60kmj dan perakam kelajuan maksimum serta fungsi konvensional lain.
TVS Apache RTR 165 RP - 3
TVS Apache RTR 165 RP - 5
  • Menampilkan dekal khas dengan rim aloi merah dan pelana dwi-tona corak baharu.

BACA >>> #ApaNakBuat: Apa Perlu Buat Jika Rotor Brek Karat?
BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Debu Brek Terhasil dan Cara Atasi?

TVS Apache RTR 165 RP - 6
TVS Apache RTR 165 RP - 10
TVS Apache RTR 165 RP - 7
TVS Apache RTR 165 RP - 8
  • Sistem suspensi fork teleskopik dan monoshock Showa.
  • Tayar lumba Eurogrip Protorq SR 90/90 di depan, dan 130/70 (belakang), manakala saiz rim aloi 17 inci.

BACA >>> #TahukahAnda: Monoshock vs Dual-Shock, Suspensi Mana yang Lebih Bagus?

TVS Apache RTR 165 RP - 2
TVS Apache RTR 165 RP - 4
  • Memiliki dimensi panjang 2,035mm, lebar 790mm, dan tinggi 1,050mm.
  • Jarak roda 1,357mm, jarak lega bumi 180mm dan berat kasar 148kg, manakala kapasiti tangki minyak 12 liter.
  • Hanya ada satu pilihan warna iaitu Sepang Blue. Tidak diketahui ada kena mengena dengan Sepang atau tidak.

BACA >>> TVS NTorq SuperSquad Edition versi Thor, Spider-Man Kini di India, Harga RM4.7k!
BACA >>> Kerjasama BMW-TVS Sukses, Hasilkan 100,000 Unit G310

TVS Apache RTR 165 RP -12
TVS Apache RTR 165 RP -13
TVS Apache RTR 165 RP -16
TVS Apache RTR 165 RP -14
TVS Apache RTR 165 RP -15
TVS Apache RTR 165 RP - 3
TVS Apache RTR 165 RP -1
TVS Apache RTR 165 RP - 2
TVS Apache RTR 165 RP - 6
TVS Apache RTR 165 RP - 5
TVS Apache RTR 165 RP - 4
TVS Apache RTR 165 RP - 10
TVS Apache RTR 165 RP - 9
TVS Apache RTR 165 RP - 7
TVS Apache RTR 165 RP - 8
TVS Apache RTR 165 RP

SUMBER: TVSMotor

Related

134
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Eurogrip Protorq SR, roda2, Sepang Blue, sportbike, TVS Apache RTR 165 RP, TVS Motor Company (TVS)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev