HONDA Vietnam melancarkan model terbaharu Winner X (2022) dalam tiga varian untuk pasaran negara itu pada harga bermula 46.09 juta dong (RM8,440).
Winner X (2022) menerima pembaharuan lebih sporty dengan rekabentuk lebih bersudut berbanding model terdahulu. Berikut perincian supermoped itu:
TRENKUASA
- Trenkuasa sama, iaitu 4-lejang silinder tunggal 149.1cc DOHC berkuasa 15.4hp @ 9,000rpm dan tork 13.5Nm @ 6,500rpm, manakala transmisi klac manual 6-kelajuan.
- Kadar penggunaan bahan api 1.99 liter per 100km, meningkat 0.29 liter berbanding model lama.
VARIAN DAN HARGA
- Standard: 46.09 juta dong (RM8,440)
- Special: 49.99 juta dong (RM9,160)
- Sport: 50.49 juta dong (RM9,250)
PILIHAN WARNA
- Standard: Hitam, putih-hitam, merah-hitam dan perak-hitam dengan grafik badan.
- Special: Hitam-emas, merah-hitam-hijau dan perak-hitam-hijau tanpa grafik badan, warna kusam.
- Sport: Merah-hitam-biru dengan grafik badan.
CIRI PEMBAHARUAN
- Lampu signal belok depan kini disepadukan pada fairing sisi, tiada signal capang di depan.
- Sudut muncung ekzos direndahkan 20º berikutan aduan pemilik terdahulu yang mendakwa asap ekzos terlalu kuat hingga 'menembak' pembonceng atau penunggang belakang.
BACA >>> Mat Motor Vietnam Mengadu Asap Ekzos Honda Winner X Tembak Muka Orang Belakang
- Dimensi berubah dengan lebar disusutkan 66mm kerana menggunakan lampu signal belok baharu. Ukuran terbaharu kini ialah panjang 2,019mm, lebar 717mm, dan tinggi 1,014mm.
- Jarak lega bumi berkurangan 1mm, manakala berat 122kg, turun 1-2kg berbanding model lama.
BACA >>> Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?
- Menggunakan sistem kunci pintar sebagai ciri standard semua varian.
- Varian Special dan Sport mendapata port USB Type-A untuk mengecas telefon pintar.
BACA >>> #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?
- Sistem rantai O-ring ditawarkan untuk varian Special dan Sport.
- Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) saluran tunggal pada brek depan disediakan untuk varian Special dan Sport.
BACA >>> #TahukahAnda: O-Ring atau X-Ring? Kenali Jenis Rantai Motosikal Anda
INFO TAMBAHAN
- Winner X (2022) akan berada di pasaran Vietnam bermula 4 Januari 2022.
- Pembelian disertakan waranti tiga tahun atau jarak perbatuan 30,000km (mana satu tiba dulu).
- Tiada lagi buku manual bercetak dan hanya ada versi digital.
- Winner 150 (Malaysia: RS150R) diperkenalkan di Vietnam di Pameran Motor Vietnam pada April 2016.
- Generasi kedua Winner pula diperkenalkan pada 13 Julai 2019 dengan nama ditukarkan kepada Winner X.
- Honda Vietnam menjual hampir 77,000 unit Winner X eepanjang Januari-November 2021.
- Winner X (2022) mampu memecut 0-200 meter sepantas 10.9 saat.
BACA >>> Yamaha Exciter 150 (Y15ZR Versi Vietnam) Lancar - Honda Winner Mula Risau
BACA >>> Yamaha Y15ZR VS Honda Winner 150 - Mana 1 Pilihan Anda?
BACA >>> Pelik Tapi Benar, Harga Honda Winner X di Kedai Motor Vietnam Ikut Harga Pengeluar
Rafif says
Adakah winner x 2022 ini akan masuk ke malaysia
mrhm says
bila nak masuk malaysia ni..dengan keyless dan signal dah tak capang..lawa