• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polis Buru Mat Rempit Hentak 'King'

Polis Buru Mat Rempit Hentak 'King'

December 23, 2021 By Farah Leave a Comment

526
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


GARA-GARA bengang motosikalnya dihimpit, sekumpulan mat motor bertindak mengejar Perodua Myvi untuk membalas dendam dengan menghentak cermin kereta itu menggunakan helmet di Jalan Lundang, Kota Bharu, Kelantan.

Insiden berlaku Isnin lalu kira-kira jam 11 pagi dan secara kebetulan sempat dirakamkan pemandu di belakang yang kemudian tular di media sosial.

Menerusi rakaman itu, seorang penunggang motosikal tanpa helmet dilihat mengejar kereta itu sebelum menghentak cermin tingkap dengan helmet. Tidak lama kemudian, muncul dua rakan lain dan salah seorang turun menghampiri kereta berkenaan sambil memegang helmet. Tetapi tiada tindakan kekerasan dibuat.

Insiden tersebut disahkan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud yang berkata, pemandu Myvi itu sedang dalam perjalanan pergi berniaga bersama isteri dan anak perempuan berusia empat tahun.

mat-motor-hentak-myvi-1
mat-motor-hentak-myvi-2

Menurutnya, dua motosikal dengan tiga suspek tidak berpuas hati kerana mangsa menghimpit mereka dan bertindak mengekori kereta mangsa sebelum memukul cermin tingkap belakang sebelah kiri di lampu isyarat. Mangsa juga mendakwa tidak mengenali suspek, tetapi tiada sebarang kemalangan atau kerosakan terhadap kereta.

Laporan polis sudah dibuat pemandu Myvi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, dan polis kini sedang berusaha mengesan semua suspek dan siasatan akan dibuat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan.

BACA >>> Maut Depan Isteri, Anak Selepas Tukar Tayar, Polis Buru Drebar Lori Langgar Lari
BACA >>> NADMA Lambat Sangat, Tentera Nekad Turun Padang Bantu Mangsa Banjir

SUMBER: Utusan

Related

526
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: King, King himpit kereta, mat rempit, motosikal, Myvi, Myvi kena hentak cermin, polis, videotomotif

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • JAECOO E5 2025 Lancar di UK dengan Jarak Pandu 399km, Bakal Masuk Malaysia?
    JAECOO E5 2025 Lancar di UK dengan Jarak Pandu 399km, Bakal Masuk Malaysia?
  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev