• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / NADMA Lambat Sangat, Tentera Nekad Turun Padang Bantu Mangsa Banjir

NADMA Lambat Sangat, Tentera Nekad Turun Padang Bantu Mangsa Banjir

December 22, 2021 By Wahid Leave a Comment

3.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) dilaporkan mula turun padang untuk membantu mangsa banjir tanpa arahan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

NADMA dikritik banyak pihak kerana kegagalan bertindak segera menangai bencana banjir yang melanda, terutama kawasan sekitar Lembah Klang. Malah, ada sumber mendakwa agensi tersebut teragak-agak menggunakan tenaga ATM bagi tujuan membantu mangsa.

Malah, sumber itu turut menuduh reaksi Kerajaan Selangor yang teragak-agak memohon bantuan ATM.

Sudah sampai satu tahap kami (Kementerian Pertahanan) membuat keputusan untuk tidak mempedulikan NADMA kerana air banjir naik semakin tinggi." kata sumber itu dipetik portal FMT.

Menurutnya, ada beberapa kakitangan Kementerian Pertahanan naik berang hingga terpaksa menjerit kepada kakitangan NADMA. Kemudian barulah ATM dikerah untuk bergerak sebaik saja selesai solat Jumaat.

logo-selangor
angkatan-tentera-malaysia-atm-logo

Sumber itu berkata lagi, pihak Kementerian Pertahanan nyata kecewa dengan NADMA dan Kerajaan Selangor dan berpendapat kedua-duanya tidak tahu cara menguruskan krisis. Malah tiada sesiapa menjaga media sosial untuk memantau berita kecemasan daripada mangsa banjir dan mereka yang terkandas.

NADMA pula hanya mula bermesyuarat bagi menyelaras usaha menyelamat pada Isnin lalu (20 Disember), iaitu dua hari (18 Disember) selepas Lembah Klang dilanda hujan lebat dan banjir teruk.

Dalam berita lain disiarkan 20 Disember lalu dan masih mengenai isu sama, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) meminta Kerajaan Pusat melucutkan jawatan Menteri Fungsi Khas, Abdul Latiff Ahmad (foto atas) sebagai ketua NADMA susulan kenyataannya mendakwa tugas NADMA adalah memastikan pampasan diagihkan kepada mangsa banjir dan bukan membantu mereka.

Pada Ahad lalu, Menteri Kanan (Pertahanan), Hishamuddin Hussein berkongsi dalam Twitter, beliau sudah memberikan taklimat mengenai situasi banjir di Klang kepada Panglima ATM, Mohd Zakaria Yadi.

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan menerajui usaha bantuan berkuat kuasa serta-merta, sekali gus mengesahkan ketidakcekapan NADMA.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari pula mendakwa sudah menghubungi Hishamuddin bagi menyelaraskan kerja memindah dan menyelamat mangsa banjir di Selangor. Selain itu, beliau berkata, 203 pusat pemindahan sementara untuk menempatkan 30,632 mangsa banjir sudah ditubuhkan di sembilan daerah bermula 8 pagi, semalam (21 Disember).

SUMBER: FreeMalaysiaToday

Related

3.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), ATM, Auto Terkini, banjir, Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF), NADMA, Tentera Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • Aveta Malaysia Penuhi Permintaan Pelanggan Dengan Nova 250 dan Marvel 150 Yang Terbaru
    Aveta Malaysia Penuhi Permintaan Pelanggan Dengan Nova 250 dan Marvel 150 Yang Terbaru

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev