SEPERTI dijanjikan, kami 'hidangkan' dua lagi foto Proton Ertiga Premium versi bodykit yang dibikin khas oleh pakar manipulasi, Ajerul Antoine.
Bakal dilancarkan 24 November depan, Proton turut menyatakan kesediaan untuk memperkenalkan Proton Ertiga Premium (bodykit + kerusi dibalut kulit) pada tahun hadapan sekiranya model MPV ini menerima sambutan memberansangkan.
Sedia maklum, Proton Ertiga adalah calon pertama kenderaan pelbagai guna (MPV) kerjasama Proton-Suzuki selepas memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dan Perjanjian Perlesenan (LA) pada tahun lalu.
Ramai juga bertanya kepada kami, kenapa Proton memilih Ertiga dan bukannya model lain. Memandangkan Suzuki Ertiga tidak pernah menjengah pasaran Malaysia, kami berpendapat pengenalan MPV itu sebagai strategi pemasaran terbaik.
Apatah lagi jika mengambil kira reputasi Ertiga sebagai antara model MPV terlaris di pasaran Indonesia.
MPV KOMPAK EEV PERTAMA
Lebih hebat, Proton Ertiga ialah model MPV kompak pertama yang pertama mendapat status Kenderaan Cekap Tenaga (EEV). Ia bakal didatangkan dengan dua varian iaitu Executive dan Executive PLUS.
BACA>> 10 Perkara Tentang Proton Ertiga Yang Perlu Anda Tahu, Termasuk Foto Teaser
PENYAMAN UDARA BELAKANG
Ini yang paling menarik, ruang belakang Proton Ertiga, iaitu di kerusi baris kedua dan ketiga disediakan ventilator penyaman udara yang boleh dilaraskan. Semestinya berita gembira buat penumpang belakang.
BACA>> Kenapa Orang Ramai Perlu Pilih Proton Ertiga? Inilah 5 Jawapan Ringkas Diberikan Oleh Proton…
BERAPA HARGA?
Berdiri atas segmen MPV, antara pesaing utama Proton Ertiga ialah Perodua Alza, Toyota Avanza dan Nissan Grand Livina. Buat masa ini, kami tidak memiliki sebarang maklumat berhubung harga.
Jika mengambil kira pesaingnya, Alza, kami menjangkakan Proton Ertiga dijual pada harga sekitar RM60,000. Jika lebih, kami rasakan Proton berdepan tugas sukar mahu menjualnya. Persoalannya, mampukah Ertiga jadi pilihan terbaik dan bersaing dengan pesaing lain?
Paling penting, cantik tak Proton Ertiga Premium ini?
Radzi says
Mmg terbaik..cun melecun kalau dpt bikin kat gua punya ertiga
azuan says
ertiga mmg best injin suzuki rmi org xtau dia guna timing chen bukan timing bell.tak bimbang nk tukar atu putus..harganya je kurang best
azuan says
sy cadangkan lepas ni keluaran kereta buatan mlysia mengunakan timing chen