• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pemandu Treler Punca 10 Maut Mengaku Tidak Bersalah, Dibicarakan Januari Depan

Pemandu Treler Punca 10 Maut Mengaku Tidak Bersalah, Dibicarakan Januari Depan

December 21, 2021 By Farah Leave a Comment

231
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PEMANDU treler yang menyebabkan kematian 10 maut, termasuk sembilan beranak di lorong kecemasan Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) pada 18 Disember lalu dihadapkan di Mahkamah Majistret, Shah Alam, Selangor, hari ini.

Dalam pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Faizah Abdul Sani, tertuduh berdepan 10 pertuduhan memandu lori treler jenis Hanvan secara berbahaya hingga menyebabkan kemalangan dan kematian 10 nyawa.

Bagaimanapun, tertuduh, Mohd Rafi Jaafar, 37, mengaku tidak bersalah yang bermakna perbicaraan bakal dijalankan.

Dalam kertas pertuduhan itu, bapa kepada tiga anak itu dilaporkan menyebabkan kematian sembilan penumpang dalam kereta jenis Proton Wira dengan nombor pendaftaran WNL 1061 dan seorang lagi pemandu Wira bernombor pendaftaran MAS 6651.

Sembilan beranak yang meninggal dunia dalam kemalangan beberapa hari lalu itu ialah Norul Naziah Buyong, 37; Razarul Amin Abdul Razak, 17; Razatul Aliah Abdul Razak, 16; Puteri Hidayah Abdul Razak, 12; Mohd Aizat Syazwan Abdul Razak, 10; Mohd Rokaizat Rezky Abdul Razak, 9; Mohd Hidayat Hakimie Abdul Razak, 7; Puteri Nor Ain Syalwana Abdul Razak, 3, dan Mohd Raid Fathi Abdul Razak, 10 bulan.

Jenazah sembilan beranak itu selamat dikebumikan dalam satu liang lahad pada Ahad lalu.

Seorang lagi mangsa ialah Muhamad Rahimi Rolex, 27, juga mekanik dan rakan suami mangsa yang sedang memberi bantuan kepada kereta mangsa.

Tertuduh melakukan kesalahan itu pada jam 12.02 tengah malam, 18 Disember (Sabtu) di Lebuhraya ELITE dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menghala ke Shah Alam.

Jika disabitkan bersalah,, Mohd Rafi boleh dihukum di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara lima hingga 10 tahun, dan denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM50,000. Dia juga boleh digantung lesen dan hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu selama tiga tahun dari tarikh sabitan.

kemalangan-elite-10-maut-3
kemalangan-elite-10-maut-4

Awalnya, pendakwaan memohon tertuduh ditetapkan jaminan kadar tinggi, RM5,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan. Bagaimanapun, tertuduh merayu supaya diberi ikat jamin kadar rendah dengan alasan menanggung isteri tidak bekerja dan tiga cahaya mata, termasuk seorang daripadanya sedang dirawat di Hospital Melaka.

Atas pertimbangan itu, Majistret membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,000 bagi setiap pertuduhan, dengan syarat tambahan lesen memandu digantung serta-merta, dan diminta melaporkan diri di balai polis berdekatan rumah sekali sebulan. Kes ditetapkan untuk sebutan pada 27 Januari 2022.

Menurut laporan polis, ujian alkohol dan air kencing tertuduh didapati negatif.

 

Nahas tragis itu mengundang simpati seluruh rakyat Malaysia, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menzahirkan ucapan takziah kepada bapa tersebut.

BACA >>> 8 Kanak-Kanak, Termasuk Bayi 10 Bulan, dan 2 Dewasa Maut Nahas Treler di RnR USJ
BACA >>> Nahas Treler RnR USJ: Ini Punca Treler Rempuh 9 Beranak dalam Wira

SUMBER: HMetro

Related

231
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 10 maut, 9 anak beranak maut, Auto Terkini, kemalangan maut, Nahas Treler RnR USJ, treler rempuh kereta 9 keluarga

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev