• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jalan Lokasi Tanah Runtuh Cameron Highlands Buka Semula Selepas 2 Hari Umum Tak Selamat

Jalan Lokasi Tanah Runtuh Cameron Highlands Buka Semula Selepas 2 Hari Umum Tak Selamat

December 19, 2021 By Wahid Leave a Comment

342
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LALUAN 27 di Jalan Simpang Pulai-Blue Valley dibuka semula kepada kenderaan awam bermula 17 Disember lalu (Jumaat), menurut makluman  Jabatan Kerja Raya Daerah Kinta Perak di laman Facebook agensi Kerajaan itu.

Namun, status pembukaan jalan tersebut boleh diubah dari semasa ke semasa bergantung penilaian risiko dijalankan Jabatan Kerja Raya (JKR). Justeru, pengguna dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal dan berhati-hati.

Keputusan pembukaan itu juga berubah pantas, iaitu dua hari selepas  JKR Daerah Kinta pada 15 Disember (Rabu) lalu, mengumumkam jalan tersebut ditutup sepenuhnya kerana masih belum selamat digunakan.

Laluan berkenaan ditutup selepas berlakunya insiden tanah runtuh di KM34 pada 2 Disember lalu berikutan hujan lebat berterusan yang menyebabkan dua maut, iaitu pemandu lori dan pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire.

Pasukan penyelamat juga menggunakan khidmat anjing penghidu untuk mencari mangsa lain yang mungkin tertimbus sebelum memutuskan menamatkan operasi pada keesokan hari.

Semua trafik ulang-alik ke Cameron Highlands kemudian dialihkan ke Jalan Tapah-Ringlet dan Jalan Sungai Koyan-Ringlet, tetapi masih terdapat tanah runtuh di Jalan Tapah-Ringlet. Mujurlah tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

BACA >>> Pemandu Lori, Vellfire Maut Tertimbus Tanah Runtuh di Cameron Highlands
BACA >>> Bomba Tamatkan Operasi Mencari, Menyelamat Tanah Runtuh Cameron

Related

342
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Cameron Highlands, Jalan Lokasi Tanah Runtuh Cameron Highlands, Jalan Simpang Pulau-Blue Valley, Jalan Simpang Pulau-Blue Valley Buka Semula

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my