MUSIM Siri Kejuaraan Malaysia (MCS) 2021 meninggalkan kenangan manis buat R Engineering HMRT apabila barisan pelumba pasukan itu sekali lagi menaiki podium dalam tiga kategori berbeza, Touring Production (TP), Stock Production 1 (SP1) dan Stock Production 2 (SP2).
Perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang dua hari lalu menyaksikan 30 jentera bersaing dalam Pusingan 4 MCS dan disiarkan secara langsung melalui Facebook SIC.
BACA >>> 3 Podium Milik R Engineering HMRT Pada Pusingan 3 MCS 2021
BACA >>> Siapa Juara? Pusingan Akhir MCS 2021 di Sepang pada Rabu, Khamis Ini! Masuk Percuma!
Juara keseluruhan Kategori TP menjadi milik Alif Hamdan dan Lai Wee Sing (54 mata terkumpul) walaupun menamatkan perlumbaan di tempat kedua (Pusingan 4).
Keifli Othman dan Hanafi Husin yang berlumba dengan Honda Civic FK8 untuk pasukan Niza Racing dinobatkan naib johan kategori itu (42 mata).
Kami benar-benar gembira. R Engineering dan HMRT melaksanakan tugas cukup baik minggu ini. Honda menjalankan tugas fantastik dengan menyokong kami, strategi perlumbaan dan taktik.
"Kami berbesar hati melaporkan program penyelidikan dan pembangunan untuk pasukan adalah benar-benar membawa hasil dan kami bersedia bertarung lebih hebat tahun depan,” kata Alif.
BACA >>> Orang Malaysia Sudah Boleh Tempah Honda Civic (2022) Serba Baharu!
Pemenang kedua podium untuk R Engineering HMRT dalam kategori SP1 ialah Chiow Teck Song (54 mata), diikuti pemandu Jepun pasukan Rworks, Ken Urata (49 mata).
Shazull Hisyam Harun dan Mohd Syahrizal Jamaludin (Empire M Racing) berada di tempat ketiga (45 mata).
Secara jujur, saya tidak sangka boleh muncul juara keseluruhan. Hari ini (semalam) ialah hari bonus besar untuk saya. Sekali lagi, terima kasih R Engineering HMRT, khususnya Lai Wee Sing yang banyak mengajar saya,” kata Teck Song.
KATEGORI MTC (Malaysian Touring Car)
- Pasukan Tedco Racing menduduki dua tangga teratas dengan Leona Chin dan Akina Teo sebagai juara (49 mata), manakala Foo Yung Cheh dan Mark Darwin, kedua (43 mata).
- Danny Chin dari pasukan Privateer berada di tempat ketiga selepas ketinggalan 1 mata (42 mata).
KATEGORI SP2
- Eddie Lew dan William Ho dari pasukan Speed X mengumpul 86 mata untuk membawa pulang gelaran juara. Putera Adam dengan 76 mata akur di tempat kedua (podium ketiga untuk R Engineering HMRT).
- Tempat ketiga milik Imran Wafi Adnan dan Najiy Ayyad (DNT Tune), 71 mata.
BACA >>> Pasukan Leona Chin Ungguli Carta Pertama Lumba Enduran Sepang 1000KM (S1K)
BACA >>> #PanduUji: Abang Gan Cuba Honda City Hatchback RS di Sepang
BACA >>> Indonesia, Finland Masuk Kalendar MotoGP 2022, Sepang Kembali!
Leave a Reply