• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lebih 700,000 Pembeli Masih Tak Dapat Kereta, Ada Tunggu Sampai Setahun!

Lebih 700,000 Pembeli Masih Tak Dapat Kereta, Ada Tunggu Sampai Setahun!

December 16, 2021 By Shawkath Leave a Comment

925
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LEBIH 700,000 pembeli kereta baharu di India masih menunggu giliran menerima kenderaan masing-masing. Khabarnya, tempoh menunggu berlarutan beberapa bulan hingga ada sudah mencecah setahun.

Puncanya ada kaitan rapat dengan bekalan semikonduktor dan peningkatan kenderaan mendadak apabila ekonomi kembali dibuka berikutan pasca Covid-19.

Ini ditambah pula pelbagai acara pelancaran model baharu dan popular yang menarik minat ramai pembeli baharu negara Asia Selatan itu.

BACA >>> Krisis Oksigen: Suzuki India Henti Operasi Kilang Untuk Bantu Pesakit Covid-19
BACA >>> Krisis Bekalan Cip Semikonduktor: Apakah Puncanya? Malaysia Sajakah yang Terkesan?

Lebih parah, kelewatan tersebut membuatkan pelanggan perlu menangggung kos tambahan kerana bayaran pinjaman perlu dibayar mengikut masa kiriman kenderaan.

Pengeluar automotif pula berdepan kos bahan mentah yang semakin meningkat dengan purata kenaikan kira-kira 6 peratus sejak awal tahun ini.

BACA >>> Ford Motor Tutup Operasi Kilang di India Selepas Rugi Lebih RM8 bilion
BACA >>> Covid-19: Pekerja India Mogok Desak Renault, Nissan dan Hyundai Tutup Kilang

Antara kenderaan popular yang mengambil masa menunggu lama ialah kenderaan utiliti sukan (SUV), Mahindra XUV7OO, pelbagai model Maruti Suzuki CNG, Hyundai Creta, Kia Seltos, MG Astor, Tata Punch, Mercedes GLS dan Audi eTron.

Berikut jumlah kenderaan jenama popular yang belum dikirim kepada pelanggan:

  • Maruti - 250,000 unit
  • Hyundai - 100,000 unit
  • Tata Motors - 100,000 unit
  • Mahindra 100,000 unit
  • Kia Motors - 75,000 unit
  • MG Motors -46,000 unit
  • Mercedes India - 2,800 unit
  • *VW, Skoda, Toyota, Nissan, Renault dan Audi - 75,000 unit

* Jumlah terkumpul kerana menunggu data daripada setiap jenama.

Apa Respons Pengeluar Kenderaan?

Maruti Suzuki

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maruti Suzuki, Kenichi Ayukawa kerap memohon maaf kepada pembeli kenderaan kerana kelewatan kiriman.

Saya belum pernah melihat situasi seperti ini sepanjang karier. Tempoh menunggu membabitkan pelbagai model dan dialami hampir semua pengeluar.” - Pengarah Jualan dan Pemasaran Maruti, Shashank Srivastava.

Hyundai

Pengarah Urusan Hyundai India, S S Kim berkata, pelanggan sering dimaklumkan mengenai isu kiriman kenderaan untuk memastikan amalan ketelusan.

Tata Motors

Tempoh menunggu untuk pelbagai model berbeza, iaitu antara satu hingga enam bulan. Secara keseluruhan, tempahan tertunggak kami adalah lebih 3.5 kali ganda jualan bulanan."

“Untuk elektrik (kenderaan elektrik), tempoh menunggu adalah paling lama dan kami sedang berusaha mempercepatkan penghasilan stok.” - Presiden Tata Motors (Perniagaan Kenderaan Berpenumpang), ShaileshChandra

Mahindra & Mahindra

Pengarah Syarikat Sektor Auto Mahindra & Mahindra, Rajesh Jejurikar berkata, tempahan selalunya melebihi jangkaan asal dengan margin cukup luas dan jadual kiriman mengambil masa berbulan-bulan.

Mercedes-Benz

Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Mercedes-Benz India, Santosh Iyer berkata, pihaknya memberi pampasan kepada pelanggan jika kenderaan gagal dikirim mengikut tempoh ditetapkan disebabkan masalah bekalan komponen.

Pelanggan yang gagal menerima kenderaan yang dijanjikan semasa Deepavali sudah diberikan baucar percutian. Kami kerap berhubung dengan mereka dan menulis surat untuk menjelaskan situasi. Ini untuk memberi jaminan kepada mereka bahawa kami belum melupakan pelanggan selepas mengambil wang mereka.”

SUMBER: TOI | PTI

Related

925
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Automotif India, Tempoh Menunggu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev