• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bikin Berdekah, Peragut Terpinga Mangsa Bawa Lari Motosikal

Bikin Berdekah, Peragut Terpinga Mangsa Bawa Lari Motosikal

December 16, 2021 By Farah Leave a Comment

958
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


RAKAMAN video kes ragut biasanya mengundang marah, tetapi berbeza video tular ini yang membuatkan ramai netizen ketawa terbahak.

Apa tidaknya, niat jahat peragut tersebut yang mahu meragut beg seorang gadis berubah menjadi mimpi ngeri apabila motosikalnya dilarikan mangsa. Insiden itu dirakamkan satu kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah premis yang kemudian tukar selepas dimuat naik @memomedsos.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by memomedsos (@memomedsos)

Dalam rakaman video berkenaan, mangsa dirakamkan berjalan seorang diri di satu lorong deretan kedai lengang sambil menyandang sebuah beg hitam di bahu.

Ketika berhenti di satu premis, dua lelaki berskuter muncul dari belakang sebelum si pembonceng turun untuk meragut beg mangsa. Bagaimanapun, mangsa pantas melawan dengan menyetap begnya dan berlaku aksi tarik-menarik hingga menyebabkan rakan penunggang terpaksa turun dari motosikal untuk membantu rakannya.

Seolah-olah tahu tidak dapat mengalahkan kekuatan dua lelaki, gadis tersebut pantas melepaskan begnya dan berlari ke skuter suspek dan membawa lari motosikal tersebut.

Dua peragut itu pula terpingga-pingga melihat insiden tidak disangka itu dan mundar-mandi di tengah lorong seakan tidak percaya motosikal mereka sudah dibawa lari.

Rata-rata netizen memuji mangsa kerana bijak bertindak, tetapi tidak kurang juga mendakwa video tersebut hanya 'konten' untul tular di media sosial semata-mata. Kalau betul cuma video konten, tidak salah netizen di luar sana menggunakan tip dan trik tersebut jika berdepan situasi sama!

BACA >>> Video Polis Lepas 5 Das Tembakan, Pemandu Saga Maut
BACA >>> Skandal Suami 'Kantoi' dalam Kamera AES, Isteri Terkejut dapat Saman Suami
BACA >>> Zontes ZT155G Masuk Malaysia Bulan Ini, Harga Bawah RM10k?

SUMBER: IG Memomedsos

Related

958
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Indonesia, Peragut, peragut curi beg, Tip Elak Peragut, tular, Video Viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my