HONDA CR-V Black Edition kini menjadi varian tertinggi dalam segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak jenama itu di Indonesia.
Model baharu itu dianggarkan berharga 565.5 juta rupiah (RM166,590), iaitu 15 juta rupiah (RM4,400) lebih tinggi berbanding varian CR-V 1.5L Turbo Prestige. Berikut perinciannya:
BACA >>> 6 Spesial Tentang Honda City Hatchback (2022) yang Perlu Anda Tahu, Baru Lancar Tadi!
BACA >>> Honda Malaysia Perkenal CR-V Black Edition, Harga Mula RM161k!
- Trenkuasa 1.5L DOHC VTEC Turbo dengan Teknologi Earth Dreams berkuasa 189hp dan tork 240Nm @ 2,000–5,000rpm.
- Hadir dalam warna Hitam Mutiara Kristal, seiring konsep 'Advancing Greatness, Black is the New Spotlight'.
- Tona serba hitam itu bukan saja untuk luaran, tetapi juga dalaman untuk memberikan imej lebih maskulin.
- Antara pembaharuan luaran ialah gril krom gelap (Black Edition versi Malaysia masih krom biasa), kemasan krom gelap bawah bampar, sebahagian lampu depan gelap (smoked), frem cermin krom gelap, rim aloi hitam 18 inci dan lencana Black Edition.
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Tayar Warna Hitam?
- Kabin juga serba hitam seperti kerusi dengan material kulit dan sulaman Black Edition. Aksen kemasan Black Wood Grain juga dikenakan pada papan pemuka, manakala logo Honda pada stereng kini dalam krom gelap.
- Tona hitam juga menghiasi panel bumbung kabin, hendal pintu, tempat simpan cermin mata, kluster instrumen TFT hitam dan kemasan penyaman udara dan unit infotainmen.
BACA >>> Honda Jepun Tawar Konsep Langganan Kenderaan Secara Online, Ada 4 Model Pilihan
BACA >>> Adakah Ini Wajah Sebenar Honda CR-V Generasi Keenam?
BACA >>> Honda Malaysia Perkenal City V-Sensing dengan Pakej Honda Sensing, Harga RM90k!
SUMBER: HondaIndonesia | Dapurpacu
Leave a Reply