• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / PREVIU: Proton Iriz (2014) - Harga bermula RM42,438 Sehingga RM62,888

PREVIU: Proton Iriz (2014) - Harga bermula RM42,438 Sehingga RM62,888

September 27, 2014 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

P1230077SETELAH agak lama menunggu, akhirnya Proton Holdings secara rasminya memperkenalkan model kompak terbaharunya, Iriz yang dijual pada harga serendah Rm42,438 hingga RM62,888 seunit.

Hadir dalam dua varian enjin iaitu bersesaran 1.3L VVT dan 1.6L VVT, Iriz dilancarkan oleh Pengerusi Proton, Tun Dr. Mahathir Mohamad di kilang Proton, Tanjung Malim, Perak.

Menurut Dr. Mahathir, pihaknya kini sudah menerima 17,000 unit tempahan awal dan tempoh menunggu adalah sekitar tiga hingga empat bulan.

" Iriz dijangka mampu membawa Proton kembali ke zaman kegemilangan memandangkan ia adalah kenderaan yang sarat dengan teknologi terkini yang pernah dikeluarkan.

" Ia juga memenuhi standard global Euro-4 dan mendapat pengiktirafan 5-Bintang daripada ASEAN NCAP," katanya.

P1230109P1230098    P1230144P1230157LAPAN VARIAN

Dengan pelaburan sekitar RM500 juta, Iriz mula dibangunkan pada 2010 dan memakan masa hampir empat tahun sebelum ia bersedia menemui peminatnya.

Model kompak segmen B itu ditawarkan dalam lapan varian kepada pengguna; 1.3 Standard MT, 1.3 Standard CVT, 1.3 Executive MT, 1.3 Executive CVT, 1.6 Executive MT, 1.6 Executive CVT, 1.6 Premium MT dan 1.6 Premium CVT.

Tambah menarik, ia menawarkan tujuh pilihan warna menarik buat pengguna dengan kehadiran dua warna baharu iaitu Lime Gree dan Moon Dust Silver.

Persoalannya: Adakah Proton mampu kembali ke zaman kegemilangannya menerusi pengenalan model kompak ini?

P1230036Bercerita perihal Proton, mungkin ramai yang masih skeptikal terhadap kualitinya. Jika ditanya kepada saya, ia adalah satu cabaran yang besar buat Proton bagi mengembalikan semula kepercayaan pengguna terhadap jenama Proton.

Perkara penting yang perlu diberikan keutamaan Proton adalah perkhidmatan selepas jualan. Kalau kereta 'power' tapi servis masih kurang memuaskan, ia masih tidak mencukupi. Apa yang pengguna harapkan adalah produk Proton haruslah berkualiti seiring dengan perkhidmatan selepas jualan.

Diharapkan hasil titik peluh jurutera Proton selama empat tahun ini berbaloi dan mampu menjadikan model terbaharunya melonjak seperti waktu zaman kegemilangan Proton terdahulu.

Saya yakin Iriz mampu mengubah persepsi umum mengenai kenderaan nasional itu yang nampaknya bersungguh-sungguh mahu bersaing dengan model ternama lain.

STANDARD TINGGI

Iriz dilihat sebagai usaha Proton untuk membuka bibit-bibit cinta baru dengan peminatnya, seiring DNA inovasi dan prestijnya yang tersendiri.

Sekilas pandang, Iriz direka khas buat mereka yang mencari kelainan dengan rekabentuk menarik dan berstandard tinggi berdasarkan dua konsep utama iaitu kreatif dan teknologi.

P1230131P1230128    P1230139P1230113Jadi, apa istimewa Proton Iriz?

Apa yang menarik perhatian saya terhadap Iriz adalah aspek keselamatan ditawarkan. Ada beberapa pencapaian baharu yang diraih Proton menerusi model kompak ini.

Antaranya, Iriz adalah model pertama Proton yang mendapat pengiktirafan 5-bintang bagi ujian standard keselamatan Asean NCAP dengan mengatasi Preve dan Suprima S. Selain itu, ia juga adalah model pertama Proton yang mencpai penggunaan bahan api di bawah 7L bagi setiap 100km.

Aspek keselamatan pula, ia hadir dengan enam beg udara (varian Premium, minimum 2 beg udara bagi varian lain), sistem kawalan cengkaman (TCS), kawalan kestabilan elektronik (ESC), Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA). Kerangka casis pula dibangunkan dengan menggunakan pendekatan ‘hot press forming’ (HPF) bagi memberikan struktur badan lebih kukuh.

P1230127Lebih mengujakan, kesemua aspek keselamatan ini bukan ditawarkan pada varian Premium saja, malahan kesemua varian turut menikmatinya bersama.

Aspek prestasi, Varian 1.3L mampu menghamburkan kuasa sebanyak 94hp pada 5,750rpm dan tork setinggi 120Nm@4,000rpm. Manakala bagi varian 1.6L pula mampu menghasilkan kuasa 107hp pada 5,750rpm dan tork puncak 150Nm (4,000rpm).

Hadir dengan jaminan selama lima tahun atau 150,000 perbatuan, Iriz turut menawarkan tiga tahun servis percuma atau 100,000km (mana-mana tiba dahulu)

P1230148BERBALOI?

Melihat pada harga ditawarkan, mungkin ada di antara anda yang menganggapnya sedikit mahal. Namun anda perlu tahu apa yang Proton berikan pada anda dengan harga tawarkan.

Yang pasti, Iriz bakal bersaing dengan model pesaingnya seperti Perodua Myvi, Kia Rio, Hyundai i10 dan Ford Fiesta. Jika anda berkenan, apa kata pandu uji dahulun sebelum membuat keputusan.

HARGA PROTON IRIZimg010

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: DRB-Hicom, Ford Fiesta, Hyundai i10, Kereta mampu milik Proton, Kia Rio, Model kompak Proton, PCC, Perodua Myvi, Proton Holdings, Proton Iriz, Proton Iriz dilancarkan, Proton lancar Iriz, Tun Dr. Mahathir Mohamad

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev