• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / SUV Mewah Hyundai Palisade (2022) Lancar di Malaysia, Harga Mula RM328k!

SUV Mewah Hyundai Palisade (2022) Lancar di Malaysia, Harga Mula RM328k!

December 16, 2021 By Shawkath Leave a Comment

274
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HYUNDAI-Sime Darby Motor (HSDM) secara rasmi melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) Hyundai Palisade (2022) untuk pasaran Malaysia pada harga bermula RM328,888.

Ada empat varian dalam dua pilihan trenkuasa ditawarkan SUV saiz pertengahan itu.

BACA >>> Hyundai Bakal Bina Pusat R&D di Indonesia, Fokus Hasilkan Produk Tempatan dan Asean
BACA >>> Nak Pilih SUV atau 4WD? Apa yang Beza?

Dari kiri: Pengarah Urusan HSDM, Low Yuan Lung dan Pengarah Urusan Peruncitan dan Pengedaran Sime Darby Motors Malaysia, Jeffrey Gan bersama Hyundai Palisade.

TRENKUASA

  • Ada dua pilihan enjin: diesel, R2.2 CRDI Turbo Diesel (HTRAC AWD) dan petrol, Lambda II 3.8 GDI V6 (2WD).
  • Palisade 3.8GDI berkapasiti 3,778cc menawarkan kuasa 290hp @ 6,000rpm dan tork 355Nm @ 5,200rpm, manakala kelajuan maksimum 210kmj.
  • Palisade 2.2 Diesel pula bersesaran 2,199cc berkuasa 197hp @ 3,800rpm dan tork 440Nm @ 1,750-2,750rpm. Kelajuan maksimum 190kmj.
  • Kedua-dua varian menawarkan transmisi automatik 8-kelajuan dengan empat mod pemanduan: Eco, Comfort, Sport dan Smart. Varian diesel ditambah tiga mod traksi: Snow, Mud dan Sand.

BACA >>> #ApaNakBuat: Pedal Minyak Tersangkut Ketika Memandu, Tak Boleh Pandu Perlahan
BACA >>> HSDM Lancar MPV Staria Premium Versi CBU, Harga Mula RM358k!

VARIAN DAN HARGA

Palisade Lifestyle 2
Palisade Lifestyle
  • Palisade (2022) hadir dalam empat varian, iaitu siri EXEC dengan bahan api diesel dan siri LUXE untuk petrol.
    • EXEC 7 - RM348,888
    • EXEC 8 - RM328,888
    • LUXE 7 - RM358,888
    • LUXE 8 - RM338,888

TEMPAT DUDUK DAN WARNA

  • Kedua-dua varian hadir dengan konfigurasi 7- dan 8-kerusi.
Hyundai Palisade - 6
Hyundai Palisade - 5
  • Ada lima pilihan warna badan iaitu white cream (putih), lagoon silver (perak), steel graphite (kelabu), moonlight cloud (biru gelap) dan timeless black (hitam).

REKABENTUK DAN KABIN

Palisade Interior (Captain Seats)
Palisade Interior (Cargo Space)
  • Hadir dengan rekabentuk tegap, menawan, selesa dan versatil yang sesuai untuk pemanduan harian.
  • Ruang kabin menempatkan tempat duduk baris kedua dan ketiga boleh ubah mengikut muatan penumpang atau barang.
  • Jika tempat duduk baris ketiga direbahkan, kapasiti luas ruang kargo boleh ditingkatkan kepada 1,297 liter.
  • Ada fungsi pintar tempat duduk baris kedua, iaitu tekan butang walk-in dan kedudukan kerusi akan dilaraskan automatik untuk memudahkan penumpang keluar-masuk ke kerusi baris ketiga.
  • Ada bumbung suria kembar untuk penumpang belakang yang membenarkan cahaya masuk ke ruang belakang selain menawarkan pandangan panoramik luar.

KESELAMATAN

Hyundai Palisade - 4
Hyundai Palisade - 3
  • Palisade dilengkapi Sistem Bantuan Termaju Pemandu, SmartSense, terdiri daripada:
    • Bantuan Elak Pelanggaran Depan (FCAA)
    • Bantuan Elak Pelanggaran Titik Buta (BSCAA)
    • Bantuan Kekal Lorong (LKA)
    • Bantuan Elak Pelanggaran Trafik Belakang (RTCAA)
    • Amaran Keluar Kenderaan Selamat

    • 6 beg udara
    • Pemantau Titik Buta (BSM)
    • Paparan Dongak (HUD)
    • Pintu but Smart Power yang boleh laras ketinggian mengikut individu

JAMINAN

  • Semua varian dipakejkan dengan waranti dua tahun atau jarak perbatuan 50,000km (mana satu tiba dulu).
  • Tempoh waranti boleh ditambah hingga 5 tahun atau 300,000km (mana satu tiba dulu) dengan tambahan bayaran:
    • RM11,000 untuk LUXE 7 dan LUXE 8
    • RM12,000 untuk EXEC 7 dan  EXEC 8

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Bas Tidak Wajib Pasang Tali Pinggang Keledar?
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?
BACA >>> Kajian: Ramai Pemandu Silap dan Keliru Tentang Simbol Teknologi Moden Kereta

L to R - Mr Low Yuan Lung and Mr Jeffrey Gan with the newly launched Full Size E-segment SUV Palisade
Palisade Exterior 3
Palisade Exterior 2
Palisade Exterior 4
Palisade Exterior
Palisade Lifestyle 2
Palisade Lifestyle
Palisade Interior (Captain Seats)
Palisade Interior (Cargo Space)
Palisade Interior (Charging Port)
Hyundai Palisade - 2
Hyundai Palisade - 0
Hyundai Palisade - 5
Hyundai Palisade - 6

Related

274
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Hyundai Palisade, Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM), Roda4, Sime Darby Motors (SDM), SUV mewah, SUV saiz pertengahan, SUV Segmen Besar, SUV segmen-D

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev