• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Video Polis Lepas 5 Das Tembakan, Pemandu Saga Maut

Video Polis Lepas 5 Das Tembakan, Pemandu Saga Maut

December 16, 2021 By Farah Leave a Comment

472
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BANDAR Raya Kuching, Sarawak digegarkan dengan beberapa bunyi das tembakan berdekatan Jalan Simpang Tiga-Batu Lintang, malam tadi.

Dalam insiden kira-kira jam 7.40 malam itu, seorang lelaki berusia 24 tahun yang memandu kereta jenis Proton Saga maut ditembak polis. Aksi dan bunyi tembakan turut dirakam pengguna jalan raya di tempat kejadian yang kemudian tular di media sosial.

BACA >>> Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak 'Skuad JPJ'!

Mangsa yang belum diketahui identiti itu dilaporkan cuba melarikan diri ketika diminta polis supaya berhenti kerana memandu secara berbahaya.

Bagaimanapun, suspek tidak menghiraukan arahan polis, sebaliknya merempuh beberapa kenderaan lain yang berhenti di lampu isyarat Jalan Simpang Tiga.

Polis dirakamkan keluar dari kereta peronda dan menghampiri kereta suspek, tetapi tindakan melarikan diri dengan cuba merempuh anggota bertugas memaksa mereka melepaskan tembakan. Kedengaran lima das tembakan dalam video berkenaan.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail mengesahkah insiden tembakan tersebut. Siasatan menyeluruh kini sedang dijalankan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960.

BACA >>> Kamera AES Dedah Kecurangan Suami, Isteri Terkejut Dapat Saman Ada Gambar Wanita
BACA >>> Tiba-Tiba Mengamuk Pecahkan Tingkap Kereta Isteri Depan Anak
BACA >>> Zontes ZT155G Masuk Pasaran Malaysia Bulan Ini, Harga Bawah RM10k?

SUMBER: BH Online!

Related

472
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: kes tembakan di lampu isyarat, Kuching, lelaki maut ditembak dalam kereta, Proton Saga

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev