SEORANG pejalan kaki maut apabila dirempuh Proton Exora yang dipandu peniaga pasar malam di Kampung Lapan, Bachang, Melaka, malam tadi.
Mangsa, Tan Kay Sniah, 59, disahkan maut akibat parah di kepala kira-kira jam 7.30 malam.
Kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandu peniaga berusia 71 tahun itu dilaporkan terbabas ketika keluar dari tapak parkir depan Medan Selera Taman Kenanga menghala ke Jalan Tokong hingga menyebabkan dia terlanggar mangsa lelaki yang sedang berjalan kaki, termasuk tiga kenderaan lain.
Disebabkan cemas, peniaga tersebut cuba mengundurkan kenderaan, sebaliknya dia dilanggar pula sebuah lori. Kes akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan.
BACA >>> Tuah Guru 'Super', Dapat Hadiah Aruz Sempena Persaraan
BACA >>> Kalau Dah Rezeki, Staf Gomen Menang Hadiah Utama Cabutan Bertuah, Bawa Balik X50!
SUMBER: Kosmo
Leave a Reply