• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BERITA AUTO: Nissan Buka 3S Tawau

BERITA AUTO: Nissan Buka 3S Tawau

September 24, 2014 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

01_ETCM Tawau 3S Centre_Exterior-001DEMI memenuhi keperluan dan menawarkan perkhidmatan lebih baik buat pelanggannya di kawasan Timur negara, Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) membuka sebuah lagi pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) di Tawau, Sabah, sekali gus menjadikannya sebagai pusat 3S Nissan yang ke-18 di Malaysia.

Dibina pada tanah keluasan 3,458 kaki persegi, pusat 3S Tawau yang menelan pelaburan sebanyak RM1.5juta itu dikendalikan oleh 12 orang penasihat jualan dan enam juruteknik terlatih. Pusat 3S Tawau itu dilengkapi pelbagai teknologi moden yang mampu menyelenggara sehingga 40 buah kenderaan sehari.

03_ETCM Tawau 3S Centre_Ribbon Cutting Ceremony-001Selain pusat servis, ruangan pameran turut mampu mempamerkan sehingga lima model Nissan pada satu-satu masa. Para pelanggan juga boleh memandu uji dan membeli model-model baharu Nissan serta mendapatkan alat-alat ganti untuk kenderaan Nissan mereka.  Antara fasiliti yang ada ialah lounge dan bar, WiFi serta ruang kanak-kanak (Kid’s Corner).

“Memandangkan rangkaian produk kami terus berkembang dan semakin maju, adalah penting bagi kami mengukuhkan sokongan dari segi perkhidmatan selepas jualan untuk para pelanggan. Kami percaya bahawa pusat-pusat 3S ini mampu menawarkan pelanggan dengan pengalaman Nissan yang lengkap, kata Datuk David Chen, Pengarah Eksekutif ETCM.

Sehingga kini, ETCM mempunyai rangkaian yang ekstensif melibatkan 106 bilik pameran termasuk para pengedar dan 59 Bengkel Tan Chong Express Auto Service (TCEAS) di seluruh negara. Lebih banyak pusat 3S ETCM telah dirancang untuk dibuka termasuklah di Glenmarie, Shah Alam.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Datuk David Chen, Edaran Tan Chong Motor, Nissan 3S Tawau, Nissan bukan 3S baharu di Tawau

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev