• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / LEGO Lancar BMW M 1000 RR Siap Rantai Emas dan Paparan Skrin, Harga RM1.2k

LEGO Lancar BMW M 1000 RR Siap Rantai Emas dan Paparan Skrin, Harga RM1.2k

December 10, 2021 By Wahid Leave a Comment

487
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BMW M 1000 RR yang dilancarkan di Malaysia pada September lalu ialah model istimewa kerana menjadi jentera homologasi dalam Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK).

Model itu menggunakan komponen dan teknologi perlumbaan tulen bagi memenuhi regulasi WorldSBK yang membawa kepada harga mencecah RM249,500 di Malaysia dan ramai peminat (termasuk penulis sendiri) hanya mampu memilikinya dalam mimpi.

BACA >>> BMW M 1000 RR yang Lebih Berprestasi Kini di Malaysia! Harga RM249.5K
BACA >>> Set LEGO Paling Mahal, Lamborghini Sián FKP 37 Kini Boleh Dibeli, Harga RM1,660

Namun, tidak perlu risau kerana kadangkala ada model kit (atau singkatannya, mokit) dijual di pasaran. Ya betul, mokit tidak boleh ditunggang, tetapi memberikan kita peluang 'memiliki' mana-mana model eksotik atau ikonik tanpa perlu membelanjakan ratusan ribu ringgit.

Penulis pun ada hobi membina mokit motosikal, termasuk kereta keluaran Tamiya dan Hasegawa. Namun, kedua-dua pengeluar kit mainan itu tiada mokit M 1000 RR. Mujurlah ada LEGO yang baru saja menambahkan model M 1000 RR dalam barisan Technic.

Apa anda dapat dengan LEGO M 1000 RR?

  • Set ini mengandungi 1,920 bongkah dan berskala 1:5 daripada model sebenar, agak besar berbanding skala mokit motosikal biasa, iaitu 1:12.
  • Memiliki ukuran panjang 450mm, lebar 170mm, dan tinggi 270mm.
  • LEGO Technic adalah siri binaan yang lebih teknikal, dan model ini tidak terkecuali. Kit ini disertakan rantai emas, dan transmisi tiga kelajuan, fork depan, dan monoshock belakang berfungsi.

  • Ada juga skrin dengan tiga opsyen paparan, dan LEGO juga tidak melupakan topang lumba.
  • Set ini berharga AS$299.99 (RM1,270), juga lebih mahal daripada set Ducati Panigale V4 R yang dikeluarkan tahun lalu.

Sedihnya menurut LEGO, M 1000 RR tidak sempat dihasilkan tahun ini dan tidak dapat dijadikan hadiah Krismas, tetapi akan menjengah laman web LEGO.com pada Januari 2022 dan kedai mainan bermula pertengahan tahun depan.

BACA >>> Ducati Panigale V4R LEGO Skala 1:1 Ini Boleh Ditunggang, Ambil Masa 400 Jam Disiapkan
BACA >>> #RetroAuto: Inilah 5 Permainan Video Arked Lumba Bertaraf Legenda Era 80-90-an

LEGO Technic BMW M 1000 RR-5
LEGO Technic BMW M 1000 RR-4
LEGO Technic BMW M 1000 RR-3
LEGO Technic BMW M 1000 RR-2
bmw-m-1000-rr-lego-technic-1
bmw-m-1000-rr-lego-technic-2

Related

487
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Roda2 Tagged With: aksesori, BMW M 1000 RR, BMW Motorrad, LEGO, LEGO Technic, model skala, Mokit, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev