• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Spyshot: Kelibat Honda HR-V Serba Baharu Sedang Diuji Muncul di Indonesia

#Spyshot: Kelibat Honda HR-V Serba Baharu Sedang Diuji Muncul di Indonesia

December 7, 2021 By Han Othman Leave a Comment

576
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PORTAL media di negara jiran Indonesia mula melaporkan penampakan kelibat Honda HR-V serba baharu sedang dipandu uji di jelan rasya negara itu yang menandakan kenderaan utiliti sukan bakal menjengah pasaran seawal-awal, suku pertama tahun depan.

Berdasarkan foto intip ditularkan, jelas sekali tidak sukar meneka itu ialah HR-V generasi ketiga walaupun dibalut seragam kamoflaj.

BACA >>> Honda HR-V (2022) Lancar di Jepun, Harga Mula RM86.6k!

Berikut apa yang boleh diulas mengenai HR-V serba baharu:

  • Dikenali sebagai Honda Vezel di Jepun yang didatangkan dalam trenkuasa hibrid e:HEV.
  • Menampilkan rekabentuk luaran lebih matang berbanding model sedia ada yang tampak lebih sporty dan berjiwa muda.
  • Rekabentuk dalaman juga dirombak penuh dengan ruang belakang lebih luas dan selesa.
  • Dilengkapi ciri lebih canggih, termasuk teknologi bantuan pemandu termaju Honda SENSING, seperti mana diperkenalkan pada model Honda baharu lain di pasaran seperti CR-V, Civic, City, dan City Hatchback.

BACA >>> 6 Spesial Tentang Honda City Hatchback (2022) yang Perlu Anda Tahu, Baru Lancar Tadi!

Apa menjadi persoalan, apakah spesifikasi dan berapakah harga jualan jika diperkenalkan di Malaysia kelak? Buat masa ini harga HR-V bermula RM104,000 untuk varian paling asas hingga RM118,581 untuk varian RS. Malah, Honda Malaysia turut memperkenalkan HR-V hibrid pada harga RM113,954.

Paling terkini Honda Malaysia melancarkan HR-V ialah versi RS dengan kemasan coklat gelap pada 4 Jun tahun lalu.

Jika mengikut pasaran Malaysia, sudah tentu model petrol dikekalkan dan ada tambahan varian hibrid, sesuai dengan misi Honda untuk perlahan-lahan menggantikan model petrol kepada hibrid sebelum elektrifikasi penuh.

Apa kata peminat HR-V Malaysia?

BACA >>> 8 Fakta Pantas: Tentang Honda HRV-RS yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> Honda HR-V RS Kini Ada Pilihan Kemasan Kulit Coklat Gelap

HR-V (2022) Versi Jepun

SUMBER: AutonetMagz

 

Related

576
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Foto Intip, Honda HR-V (2022), honda sensing, Honda Vezel, Kenderaan Utiliti Sukan (HRV8), Roda4, Spyshot, SUV, SUV subkompak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my